,
Kaw

“Cari Duit Penat-Penat Ini Pun Untuk Mak Saja Sekarang.” - Nazrief Nazri

Mohamad Bakar
15/06/2017
14:50 MYT
Sesiapapun yang berada di tempat Nazrief Nazri akan melakukan hal sama kepada ibu tersayang. Tambahan pula menjadi anak tunggal, tanggungjawab penuhnya kepada ibu bernama Radziah Idris takkan sesekali diabaikan. Ditambah pula dengan keadaan ibu tersayang yang mengalami masalah kesihatan dan kemurungan selepas berpisah dengan bapa, jejaka kacak itu mahu membahagiakan ibunya.
Ibu bapanya bercerai sejak setahun lebih lalu. Masalah kemurungan yang dialami ibunya itu juga berkaitan dengan kesan perceraian yang terjadi.
Nazrief atau nama manjanya Naz berkongsi isi hatinya terhadap ibu tersayang.
“Bulan puasa dan raya ini, memang Naz akan tunaikan apa sahaja permintaannya. Naz nak manjakan mak. Naz cari duit penat penat ini pun untuk mama saja sekarang. Naz pun tak sabar nak beli rumah dan bawah mak ke Tanah Suci Makkah tak kira untuk haji atau umrah. Keutamaan Naz kini pun memang kepadanya. Soal diri sendiri termasuk hal peribadi dan perkahwinan, nanti nantilah Naz fikirkan,” katanyaBerbaik semula dengan bapa tapi tidak dengan ibu tiri.
Tambah Naz selepas perceraian ibubapanya, hubungan dengan bapa pada agak dingin pada awalnya.
“Mula mula lepas perceraian itu, memang sejujurnya hubungan dengan bapa Naz tidaklah terlalu baik. Naz marah dan berang dengan tindakan yang menyembunyikan perkahwinannya dengan wanita lain. Tapi lama kelamaan Naz menerima takdir dan tidak mahu putuskan hubungan ini dengan bapa. Jadi kami berbaik semula.
“Hubungan Naz dan bapa masih baik seperti biasa tetapi tidak dengan isteri barunya kerana Naz tidak mahu berjumpa dengan wanita itu,” katanya.Bawa ibu tinggal bersama di Gombak.
Tambah Naz, selepas perceraian ibunya memang tinggal seorang diri di Seremban seperti biasa.
“Dalam masa setahun perceraian mak masih okay tapi selepas itu dia mengalami kemurungan. Melihat keadaan mak seperti itu Naz terpaksa berpindah ke rumah lain yang lebih selesa. Ini kerana sebelum ini Naz menyewa bilik sahaja.
“Sekarang mak tinggal dengan saya di Gombak. Tetapi rutin kerja yang terlalu sibuk membuatkan mak keseorangan juga. Mujurlah rumah Naz sekarang bersebelahan sebelah sahaja dengan rumah mak long. Jadi mak tak kesunyian. Alhamdulillah mak makin okay tapi masih lagi mengalami masalah sukar untuk tidur malam. Saya minta pembaca Rojak Daily Kaw! di luar sana agar mendoakan mak Naz agar pulih seperti sedia kala," katanya.Akan beraya seminggu di Kuala Pilah.
Naz yang ketika ini sedang menyelesaikan baki penggambaran drama Bilo Nogori Jupe Kelate terbitan Suhan Movies selain bergandingan dengan Mia Ahmad mengakui tak terlalu beriya membuat persiapan raya.
“Naz tak beli baju raya kot. Sebab ada baju raya yang diberi sebagai hadiah. Baju Melayu Naz yang lama pun masih okey untuk dipakai. Naz tak nak membazir. Insya-Allah Naz akan beraya selama lebih kurang seminggu di Kuala Pilah,” katanya yang diuruskan Mind Order.
Naz juga bakal mempromosikan single lagunya berjudul Cinta Semalam kira kira dalam tahun ini.
kredit baju: Ezuwan Ismail (Instagram: @ezuwanismail)
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

Hilang Lebih Setahun, Lelaki Ini Cuba Bertahan Dengan Minum Darah Penyu & Air Kencing Sendiri

gempak
16/09/2024
14:55 MYT
Selepas 438 hari terdampar di lautan, seorang lelaki yang dikenali sebagai Jose Salvador Alvarenga akhirnya terselamat manakala rakannya tidak.
Berita

Tiga Maut, Enam Peserta Himpunan RXZ Cedera Kemalangan

gempak
16/09/2024
13:55 MYT
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, kemalangan melibatkan peserta Himpunan RXZ Members 6.0 itu dilaporkan berlaku di Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Berita

Jumpa Gigi Manusia Dalam Kuih Bulan, Polis Lakukan Siasatan

gempak
16/09/2024
12:55 MYT
Pelanggan wanita itu terjumpa gigi berkenaan dalam kuih bulan yang berintikan daging.
Hiburan

Pertama Kali Join Reality Show, Zarif Ghazzi Teruja Jayakan Call Me Handsome Sempena Hari Malaysia – “Saya Terus Ambil, Tolak Semua Job”

gempak
16/09/2024
12:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Zarif Ghazzi teruja apabila membuat penampilan dalam sebuah rancangan realiti, Call Me Handsome.
Hiburan

Hun Haqeem Simpan Impian Untuk Anjur Pertandingan MMA Antara Selebriti - “Ini Adalah Langkah Pertama Saya Dalam Meneroka Bidang…”

gempak
16/09/2024
11:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem berkata dia dan aktor Andy Teh menyimpan impian untuk menganjurkan pertandingan seni bela diri campuran (MMA) membabitkan selebriti tempatan.