Skip to main content

Market Trends

“Cek Pun Tak... Sebab Tak Ada Simtom” - Amyra Rosli

amyramar.jpg
Pelakon Amyra Rosli menafikan dakwaan dirinya hamil anak kedua.
 
Menurut Amyra, perkara itu tidak benar seperti yang diperkatakan oleh netizen sebelum ini.
Hanya salah faham.
 
“Tak lah, tak dik. Buat pemeriksaan pun tak sebab tiada simtom,” tulisnya.
 
Amyra menjawab pertanyaan itu menerusi rungan IG story miliknya semalam.
 Penjelasan Amyra.
Amyra menjelaskan terdapat salah faham yang berlaku mengenai foto tersebut.
 
Foto itu sebenarnya menjelaskan pelakon Julia Ziegler yang bakal menjadi seorang ibu.
Beri penjelasan menerusi Insta story. 
Dalam pada itu, Amyra juga memberitahu dia tidak meletakkan syarat berapa ramai anak yang dimahukan.
 
“Tak kisah selagi mampu,” tulisnya ringkas.
Amyra tak kisah jantina anak. 
Terdahulu, berita kehamilan Amyra tersebar selepas terdapat salah faham terhadap foto yang dimuat naik oleh Julia Ziegler di Instagramnya pada Selasa.
 
Amyra dan Amar telah berkahwin pada November 2016.
 
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Aqeef Anaqi yang kini berusia 10 bulan.
 
 

Must-Watch Video