KAW

“Come On My Husband Pun Gemuk, Takkan Nak Cakap Benda Yang Buat Suami Terasa?” – Faezah Elai

Mya Amri 30/07/2018 | 07:54 MYT
Pelakon Faezah Elai menafikan dakwaan mengatakan telah menyindir bentuk badan seorang peminat yang mewakili Fazura untuk menerima trofi Pelakon Wanita Telenovela Popular di Anugerah Telenovela 2018 pada Sabtu lalu.

Faezah menerusi akaun Instagramnya membuat kenyataan berhubung perkara tersebut bagi menjelaskan salah faham yang berlaku.

Kata Faezah, tidak mungkin dia mahu menyindir bentuk fizikal seseorang sedangkan suaminya juga berbadan besar.
Faezah bersama suami.

“Khas untuk orang yang tujuannya untuk menghentam orang lain dan suka menilai orang. Now which part yang saya cakap “lepas anak lima orang” yang konon ada part body shamming?? Kat mana??

“Weh come on ah, suami saya pun gemuk, jadi kenapa saya perlu cakap perkara yang akan buat suami saya sendiri pun boleh terasa?

“Saya cakap anak lima orang sebab orang lain yang naik pentas dan dia memakai hijab. Tiada kena mengena pun tentang body dia.
Semua yang berlaku hanya salah faham.

“Saya cakap anak lima sebab saya aku ada anak lima. So sapa kat sini fikir konon aku body shamming kan orang? Infact tak terpikir langsung.

“Saya bukan jenis manusia yang bercakap mengenai orang lain punya fizikal. Jika ada yang tersalah faham kenapa ajak orang lain untuk salah faham juga? Dan buat orang lain dapat dosa percuma,” jelasnya.

Bagaimanapun, Faezah memohon maaf seandainya perkara itu membuatkan wanita tersebut terasa hati.
Faezah mohon maaf sekiranya ada yang terasa hati.

“Untuk wanita yang berada di atas pentas semalam, if u think I was referring to your body, you are absolutely wrong.

“I don’t judge people, jauh sekali nak body shamming kan orang. BUT IF MY JOKES BUAT AWaK TERASA, THEN I APOLOGISE… AS I DONT MEAN THAT.. PLEASE TAG THIS MESSAGE TO THE GIRL YANG NAIK STAGE LAST NIGHT.

“Terima kasih untuk semu kecaman dan oh saya tidak perlukan publisiti murahan sebab it was not me yang post this and trying to buat best.
Tiada niat menyinggung hati sesiapa.

“Kalau kita seorang yang positif kita tak akan terfikir benda yang negatif. And pleasa this is my IG and saya tak suka komen-komen yang negatif.

“Kalu rasa nak tulis yang negatif atau nak mengutuk, boleh buat di IG sendiri atau IG yang mamang nak kecam saya. Tq .

“P/S: Dan oh, wanita yang naik semalam rasanya tak gemuk pon. Dan cuba nak nyatakan yang naik pentas semalam tu bukan pemenang tapi orang lain dalam maksud yang tersirat.. #dontjudge #saynotojudgement,” jelasnya.
Kenyataan Faezah berhubung isu body shamming.

Terdahulu, Faezah Elai dikatakan bergurau dengan menyentuh hal berkaitan dengan fizikal peminat Fazura selepas wanita berkenaan naik ke pentas bagi mewakili aktres itu untuk menerima trofi Pelakon Wanita Telenovela Popular pada Anugerah Telenovela 2018.

Teguran Faezah itu mendapat perhatian netizen dan menyebabkan isteri kepada pengarah Heykal Hanifah itu teruk dikecam.

#Selebriti #Selebriti