Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Comelnya, Mata Bulat Ikut Bonda” – Tepati Janji Yatt Hamzah Dedah Wajah Anak

Mya Amri
21/05/2018 03:39 MYT
Pelakon Yatt Hamzah akhirnya mendedahkan wajah anak ketiganya, Suci Hayfaa Medina yang dilahirkan pada awal April lalu.

Yatt berkongsi wajah anaknya sebagai tanda menunaikan janji kepada pengikut Instagramnya.
Selain itu, Yatt juga turut memuat naik beberapa foto gelagat comel Suci Hayfaa Medina menerusi akaun Instagramnya.

“Bismillahirrahmanirrahim. Mengambil keberkahan waktu Sahur Ramadhan, seperti dijanjikan selepas tamat tempoh Pantang, Bonda perkenalkan #lilMujahidah @SUCIHAYFAAMEDINA .

“This time she was 1 day old on April 1st 2018. Today 3rd Ramadhan, 19 May 2018 she is turning 1 month & 18 days.

“Ya Bonda tahu muka #sibibirmerah macam Bonda. Anak Solehah InshaaAllah. Alhamdulillah TQ atas doa semua, #sucihayfaamedina dah sembuh sikit dari kuningnya,” tulisnya.

Manakala menerusi ruangan komen, pengikut IG memuji kecomelan anak Yatt selain mendoakan agar Suci Hayfaa Medina membesar dengan sihat.
 
#Selebriti #Selebriti