KAW

Cuteness Overload Detected! Memperkenalkan #BabyJ Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila!

Fiza Kamarudin 30/08/2018 | 11:58 MYT
Rasanya ramai yang sudah tahu pelakon kacak Sharnaaz Ahmad menimang cahaya mata pertamanya pagi tadi.

Lebih bermakna lagi, Sharnaaz bergelar bapa pada hari jadinya yang ke-32 dan telah berkongsi berita gembira tersebut menerusi entri di Instagram (IG).

Comelnya #BabyJ. Baru lahir je, terus senyum


Menerusi perkongsian tersebut Sharnaaz telah memberitahu bayi lelakinya atau #BabyJ selamat dilahirkan pada jam 9.01 pagi tadi (Khamis).

#BabyJ dilahirkan seberat 3.1 kilogram.

Sharnaaz turut memberitahu ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat serta sempat memohon maaf kerana tidak sempat menjawab semua pertanyaan dan mesej yang dikirim kepadanya.

#Baby J tidur ke tu?


Bagaimanapun, kira-kira jam 6.30 petang tadi, Noor Nabila telah berkongsi foto comel #BabyJ di IGnya dan rata-rata netizen mula menyamakan wajah si comel itu dengan ibu dan bapanya.

Noor Nabila juga telah memuat naik video #BabyJ ketika baru dilahirkan. Fresh from the oven yaw!
#Selebriti #Selebriti