Baru-baru ini perkhidmatan penstriman video popular iflix melancarkan siri original terbaru mereka KL Gangster Underworld (KLUG) dan rata-rata memuji karya berkenaan.

Namun apa yang mengecewakan, siri terbabit telah pun menjadi mangsa ‘cetak rompak' menerusi Facebook Live dan turut dipercayai dimuat naik di YouTube.


Apa yang menjadi persoalannya, siri tayangan ini bukanlah berbayar sebaliknya percuma di iflix. Anda hanya perlu daftar akaun iflix dan boleh mula menonton tayangan drama atau filem secara percuma. Jadi, mengapakah ia masih dicetak rompak?

Berikutan itu terdapat pelakon dan netizen yang meluahkan rasa kecewa mereka di media sosial. Ya lah siapa yang tidak marah jika usaha dan kerja mereka dicetak rompak bukan?

Antara yang bersuara adalah Beto Kusyairy dan Azhan Abdul Rani.Kualiti tayangan menerusi platform penstriman video ini pastinya lebih berkualiti berbanding yang direkod secara langsung atau dimuat naik di Facebook. Jadi lebih baik anda tonton di iflix!