Skip to main content

Market Trends

“Dah Tak Ada Jodoh, Bukannya ‘Playgirl'...” – Uqasha Senrose

uqasha-ben-amir-(1).jpg
Pelakon Uqasha Senrose akui takut dilabel playgirl apabila ramai yang tersalah anggap apabila melihat dia sering bertukar pasangan.

Uqasha ketika ditemui berkata, dia tidak tahu mengapa dirinya sering menjadi mangsa spekulasi sedangkan orang lain juga pernah bercinta, putus dan ada pasangan baru.

“Ya, memang saya takut kalau orang cakap saya playgirl tapi nak buat macam mana dah tak ada jodoh. Orang lain pun bercinta, lepas tu putus tapi saya yang selalu kena macam ni.

Uqasha mengakui sedang mengenali hati budi Ben Amir

“Setiap manusia melalui proses sama iaitu putus cinta, kenal orang baru, have to start all over again dan move on.

“Sudah tentu dalam setiap perhubungan kita nak yang serius, tapi kalau dah jodoh bukan kita punya...terpaksalah lepaskan,” katanya.

Uqasha selesa berkawan dengan Ben Amir

Uqasha ditemui pada majlis Malam Gala dan Pratonton filem Hantu Kak Limah di MM Cineplex e@Curve, Mutiara Damansara pada malam Selasa.

Ditemani pelakon Ben Amir pada majlis tersebut malam tadi, menguatkan lagi spekulasi Uqasha sudah menemui cinta terbaru.

Ben Amir (tengah) hadir memberi sokongan kepada Uqasha pada majlis pratonton Hantu Kak Limah

“Saya tak adalah terlampau exposed tentang kisah cinta atau terlalu cepat bertukar pasangan. Selama sembilan bulan ini saya berdiam diri dan tidak dikaitkan dengan mana-mana lelaki.

“Secara jujurnya saya dan Ben masih diperingkat mengenali hati budi masing-masing dan saya selesa berkawan dengan dia.

Uqasha...lebih berhati-hati berkongsi perihal peribadi

“Saya kenal Ben lima tahun lalu dan tak sangka kami akan berjumpa semula selepas dia berlakon dengan adik saya, Nelydia.

"Kami kemudian berkawan rapat selepas menyedari ada keserasian antara kami," katanya yang pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Pekin Ibrahim, Syafiq Kyle dan Hefny Sahad.




Selain golongan selebriti, Uqasha juga pernah dikaitkan dengan Tengku Bakar, seorang jejaka berketurunan kerabat diraja.

Kepada peminat Uqasha, kalau nak tengok penampilan sulung aktres jelita ini dalam filem arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah, jangan lupa ke pawagam 9 Ogos nanti!

Uqasha memegang watak Eton yang merupakan Puteri Bunian yang tinggal di sebuah perkampungan bunian di Kampung Pisang.
 
 

Must-Watch Video