Kaw

Dara Ka Janda Nina Fazurina Raih Sambutan Memberangsangkan

Eiylla Syaharith
02/01/2017
08:17 MYT
Pementasan teater muzikal, Dara Ka Janda arahan pelakon Siti Fazurina Famir mendapat sambutan hangat sempena Karnival Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) 2017 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah, malam tadi.
Lebih 5,000 penonton hadir menyaksikan pementasan teater yang menampilkan barisan pelakon yang cukup berbakat besar seperti Nina Fazurina, Emelie Hanif, Zainol Ismail, Jalil Hussain, Abu Bakar, Zaliey Suhaili, EraFazira MatDin, Rudy, Din Tuah Raja Lawak, Apit Moskito, Razali Ridzuan, Saipul Bahari, Yuslina Yusof, Khairul Anuar, Siti Salwani, Ekin Mustafa, Danial Lee, Hykal Zulkifli dan ramai lagi.
Turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selaku tetamu kehormat. Pementasan teater muzikal arahan pertama Siti Fazurina Famir atau lebih mesra dikenali sebagai Nina Fazurina melahirkan rasa bangga apabila karyanya itu mendapat sambutan sejak bulan lalu. Terdahulu pementasan pertama dan kedua diadakan di Hotel Pen Mutiara Pulau Pinang pada 14 Disember dan 31 Disember lalu menunjukkan sambutan yang diterima cukup memberangsangkan.
Nina Fazurina berkata, kejayaan pementasan ini adalah hasil kerjasama semua tenaga produksi Dara Ka Janda yang berkerja keras dari awal termasuk sokongan dan dorongan pihak penaja termasuk Hotel dan Restoran Pen Mutiara, Pembangunan Wanita Pulau Pinang, Shahreez Global Ventures dan ramai lagi.
"Insha Allah pada tahun ini Dara Ka Janda akan mengadakan siri jelajah di seluruh negara selain beberapa pementasan teater yang lain akan dipentaskan," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

“Sedih Bila Dengar Adik-Adik Industri Mengadu Ada Suara Kata Budak Teater Bukan Selebriti, Kenapa Nak Kena Bayar Mahal,” - Farah Ahmad

gempak
05/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Farah Ahmad mendedahkan keseronokan berlakon dapat dirasai apabila dapat bermain rasa dengan rakan gandingan terutama yang mempunyai asas dalam teater dan lakon.
Hiburan

Aktivis Teater, Rosminah Tahir Meninggal Dunia

gempak
19/05/2024
16:32 MYT
Aktivis dan pengarah teater disegani, Rosminah Tahir, 65, meninggal dunia di kediamannya di Keramat, Kuala Lumpur, petang Ahad.
Hiburan

Tiara Jacquelina Sahkan Tiada Pementasan Puteri Gunung Ledang Dalam Masa Terdekat - "Saya Mahu Fokus Pada ..."

gempak
11/05/2024
03:55 MYT
Untuk penggemar teater tanah air, persembahan teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) sememangnya sesuatu pementasan yang tidak asing lagi.   Akan tetapi, menurut pengarah dan penerbit Puan Seri Tiara Jacquelina berkata teater muzikal itu tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana dirinya mahu memfokuskan lebih dalam kerjaya bis
Laman Utama

Ikut Jejak Langkah Lady Gaga, Angelina Jolie, Jasmine Suraya Sambung Belajar Di Los Angeles!

gempak
11/11/2023
09:55 MYT
Jasmine Suraya bakal menuntut di Lee Strasberg Theatre & Film Institute, Los Angeles
Laman Utama

Anugerah Seni BOH Cameronian Kembali Selepas 3 Tahun, Terima 1,010 Penyertaan! Semak Senarai Penuh Calon Bertanding

gempak
06/04/2023
09:44 MYT
Bersedia! Anugerah Seni Cameronian BOH kembali lagi.