Betul ke lepas kahwin boleh buat badan naik? Pelakon kacak, Shahrizal Jaszle mendedahkan sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2015, berat badannya meningkat hampir 20kg. Hal ini sekaligus memberi kesan terhadap kariernya apabila dia telah ditegur oleh beberapa produksi supaya menurunkan berat badan.
Memetik laporan Media Hiburan, aktor berusia 29 tahun ini berkata, "dulu abang saya pernah berkata, berat badan saya pasti akan meningkat selepas berkahwin tapi saya tak percaya.Tapi ternyata kata-kata dia benar bila selera makan saya bertambah sejak berkahwin dan menyebabkan berat badan saya pernah mencecah 82kg daripada 65kg".
Atas sebab itu juga, banyak produksi tak dapat ambil dirinya berlakon kerana tiada watak yang bersesuaian dan mereka juga minta dirinya untuk turunkan berat badan. Tambahnya lagi, "kalau ada yang sesuai pun, hanyalah watak sampingan sahaja".
Advertisement
Menyedari kesilapan dirinya, bapa kepada dua orang cahaya mata ini tekad ini mengurangkan berat badan sejak enam bulan lalu dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat.
"Tidak dinafikan agak sukar untuk saya menurunkan berat badan kerana saya seorang yang suka makan. Tapi demi kerjaya dan kesihatan saya tekad juga walaupun ada ketikanya saya 'tergelincir' juga.
"Alhamdulillah usaha saya menampakkan hasil apabila berat saya mula turun dan saya menyasarkan untuk mendapat berat 70 kg,” katanya.
Semoga Shah Jaszle akan berusaha untuk capat berat badan idaman dan kami juga mahukan dia kembali seperti dulu. Semangat untuk Shah Jaszle!
Kalau anda lupa kacaknya Shah Jaszle dulu, nah tengok ni: