"Biarlah apa saja orang mahu kata. Saya sentiasa mahu jadi lebih baik." Cool dan penuh senyuman dilemparkan ketika Rojak Daily Kaw! ketika bertemu dengan figura ini.
Nursajat, nama yang pernah menggemparkan suatu ketika dulu apabila memilih untuk berhijab. Ya, memang berhijab perkara baik, tapi fitrah Nursajat yang membuatkan perkara ini jadi kontroversi.
Mesra di sapa Sajat, beliau kini mengakui sedang upgrade kehidupannya. Dari menyertai pertandingan Ratu Mak Nyah satu ketika dulu, kini Sajat bergelar usahawan.
"Saya percaya setiap orang mahu jadi baik. Saya juga. Saya terima apa juga kata orang, di pihak saya, saya sentiasa dekat dengan ibu bapa," lembut tutur semulus wajahnya.
Sajat kini memiliki rangkaian pusat kecantikan dengan jenama Lets Cantik, mahu berkongsi kepada semua untuk menjadi cantik.

{^widget|(name)statictextWidget|(widget_displayname)Static+text|(text)Kredit+Gambar%3a+Instagram+Nursajat|(width)|(height)^}

Kata Sajat, mengejutkan pelanggan yang datang di tiga rangkaian pusat kecantikannya iaitu di Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Shah Alam rata-ratanya mereka yang normal.
"Fitrah manusia memang mahu cantik," katanya tersenyum.
Penggunaan #janganmengata juga bagai membawa maksud sendiri. Ketika ditanya, Sajat berkata, orang kita memang akan pelik melihat benda yang lain dari lain.
Sebagai tauke perniagaan, beliau memang sengaja mencari ayat atau kata-kata catchy bagi menarik perhatian pelanggan.

{^widget|(name)statictextWidget|(widget_displayname)Static+text|(text)Kredit+Gambar%3a+Instagram+Nursajat|(width)|(height)^}

"Mengata ini sebenarnya ada juga positif, bila orang mengata maksudnya orang melihat kita, jadi senyum dan teruslah berusaha jadi cantik," katanya.
Mahu melalui hidup seperti insan lain, Sajat tekad mengambil sepasang kembar sebagai anak angkat.
"Syukur saya bela mereka dari lahir sehingga kini. Saya juga sentiasa memastikan menjaga hati ibu dan bapa," katanya.
Ya, Sajat memang cantik. Tetapi apa yang lebih cantik ialah sikap positif pada dirinya yang sentiasa mahu berubah jadi lebih baik.
Hanya dengan modal RM500, kini Sajat sedang membina empayar perniagaan yang mahu orang jadi cantik. Memang cantiklah Sajat!