Ramai yang ingin menjadi kurus kerana sering menjadi mangsa usikan, hinaan dan tidak kurang juga yang ingin menghindarkan diri daripada penyakit kardiovaskular. Tiada jalan singkat untuk kurus hanya dengan senaman secara konsisten dan mengawal pengambilan diet harian. Ramai yang menyedarinya tetapi berapa orang yang benar-benar mampu melakukannya?


{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Gambar%3a+www.sehatfresh.com|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Bagi yang rasa sukar untuk bersenam dan mendapatkan tubuh idaman, Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari boleh dijadikan platform pilihan. Tahun lalu seramai 12 orang wanita telah merasai pengalaman menakjubkan ini dalam hanya 30 hari. Tahun ini, 60 hari diberi untuk mendapatkan impak yang lebih maksima. Seperti tahun sudah, Kevin Zahri yang dkenali sebagai "Cikgu Fitness Malaysia" diberi mandat sebagai pengacara program ini bersama seorang selebriti wanita popular. Selain berpeluang mendapatkan tip-tip berguna daripada Kevin, peserta akan dilatih tiga orang jurulatih berpengalaman dalam bidang kecergasan seperti pemakanan, latihan fizikal dan senaman.

ABJK-2016.jpg
Siapa Layak Memohon?
Program ini terbuka kepada wanita yang berumur 18 hingga 45 tahun, sihat tubuh badan dan mempunyai BMI melebihi 25. Peserta hanya perlu memuat naik video berdurasi satu minit di laman Instagram menunjukkan mereka sedang menjalankan aktiviti kecergasan dan secara ringkas nyatakan mengapa mereka harus dipilih untuk menyertai pertandingan ini. Jangan lupa tag Astro Gempak beserta #astrobellajomkurus. Pemilihan awal peserta akan bermula pada 1 Ogos hingga 21 Ogos 2016 ini. Seramai 25 orang peserta yang menepati syarat-syarat penyertaan akan disenarai pendek dan mereka perlu melalui sesi Boot Camp bersama pengacara. Hanya 12 peserta akan dipilih untuk menyertai program realiti ini berdasarkan personaliti, ketahanan fizikal dan mental serta bacaan BMI.

{^widget|(container)RDImageCaption|(name)statictextWidget|(text)Yana+(hadapan+tiga+daripada+kanan)+bergambar+kenangan+bersama+peserta+tahun+lalu|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Pemenang rancangan ini bukan sahaja bakal memiliki tubuh idaman malah memenangi hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM30,000, sebuah trofi beserta hadiah-hadiah menarik yang lain. Wang tunai RM5,000 pula bakal menanti pemenang Anugerah Pilihan Penonton. Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari dijangka akan menemui para penonton Oktober ini di saluran Astro Bella (133) dan tayangan serentak di saluran Mustika HD (134).

Sementara anda merakam video untuk dihantar ke rancangan ini, jom layan video ini dahulu.