Walaupun tiada dalam perjanjian penajaan, Dato' Seri Dr. Hajah Vida tetap bermurah hati menghadiahkan pakej umrah untuk Shidi dan isteri mengerjakan ibadah umrah pada bila-bila-bila masa.

Pengasas Qu Puteh dan juga penaja platinum program Gegar Vaganza 2016 tersebut meyatakan kesudian beliau kepada Shidi sebaik sahaja tamat konsert Gegar Vaganza minggu yang kelima.

Ditemui di sidang media selepas tamat konsert, Shidi mengucapkan rasa bersyukur dan juga berterima kasih kepada Dato' Seri Vida yang begitu prihatin terhadap peserta Gegar Vaganza.

Shidi Data bersama Dato' Seri Vida (Kredit Gambar: Instagram Dato' Seri Vida @datoserivida)
"Saya pulang bukan dengan tangan kosong. Selain daripada ilmu yang begitu banyak saya kutip daripada Pengarah Muzik, Datuk Ramli MS, saya juga dapat hadiah yang tidak diduga daripada Dato' Seri Vida."

"Hanya terima kasih yang mampu saya ucapkan," kata Shidi.

"Terima kasih juga kepada pihak Astro yang memilih saya di antara 50 peserta yang datang ke ujibakat Gegar Vaganza musim ini."

Dato' Seri Vida bersama suami dan team Qu Puteh. Kini beliau mempunyai satu juta pengikut di laman Instagram beliau. (Kredit Gambar: Instagram Dato' Seri Vida @datoserivida)
"Pengalaman yang tak mampu diperolehi dengan wang ringgit dan walaupun tersingkir, saya tetap menganggap saya menang." jelas Shidi dalam loghat Utaranya.