Kaw
Dato' Siti Nurhaliza Bongkar Lima Destinasi Percutian Kegemarannya
Tahukah anda, melancong merupakah salah satu hobi Dato' Siti Nurhaliza. Jika ada masa terluang, beliau akan mengambil masa untuk melancong bersama keluarga tercinta. Namun, dimanakan destinasi penerbangan AirAsia kegemaran beliau? Ini lima destinasi percutian kegemarannya. Mana tahu anda boleh jadikan inspirasi dan terbang ke lima destinasi ini.
1) Seoul, Korea
Gambar: www-scf.usc.edu
Kata Dato Siti, jangan lepaskan peluang untuk melawat Istana Gyeongbukgung dan nikmati permandangan indah bandar Seoul di N Seoul Tower. Nak tambah mudah perjalanan anda, gunakan keretapi sebagai pengangkutan awam utama apabila anda ke sana.
Advertisement
2) Bandung, Indonesia
Gambar: tempatwisatadibandung.info
Acap kali kita dihidangkan dengan keindahan alam semulajadi di Bandung. Menurut Dato Siti, dia suka membeli-belah di factory outlet sekitar Bandung. Ada terlalu banyak factory outlet yang menawarkan pelbagai barangan dari jenama mewah kepada jenama tempatan. Nakkan makanan asli Indonesia, silalah ke Jalan Sudirman.
3) Perth, Australia
Gambar: www.4-wheeling-in-western-australia.com
Inilah bandar kegemaran Dato Siti dan juga suaminya, Dato K. Beliau suka berpiknik di Kings Park dan melakukan aktiviti extreme di Sand Dunes.
4) Ho Chi Minh City, Vietnam
Gambar: VietnamNet
Bandar terbesar di Vietnam ini kaya dengan binaan yang bersejarah. Kopi Vietnam memang terbaik! Dato Siti gemar menikmati kopi Vietnam di kafe persisiran sungai. Anda juga boleh membeli serbuk kopi Vietnam ini dan membuatnya sendiri apabila sudah pulang. Kebiasaanya, mereka akan memberikan penapis serbuk kopi tersebut secara percuma.
5) Guangzhou, China
Gambar: YouTube
Bandar ketiga terbesar di China ini banyak keistemewaannya. Banyak restoran makanan halal boleh anda dapati disini yang menghidangkan cara masakan asli China. Disebabkan itu, bandar ini dilabel bandar mesra kaum muslim.
Must-Watch Video