Hampir 12 tahun berlalu namun memori 'berkawan' dengan seekor ular batik selama dua bulan bagi menghidupkan watak Diana Dahlan dalam filem Dukun masih segar dalam ingatan Datin Paduka Umie Aida.

Sebagai individu yang geli terhadap reptilia, perkara itu bukan sesuatu yang mudah namun tetap menguatkan hatinya hingga sanggup tidur dengan ular terbabit.

Minta nasihat Fauziah Nawi.

"Sejujurnya saya jenis penggeli ular tapi demi watak saya buang rasa itu kerana hanya reptilia terbabit saja bahan rujukan terbaik untuk menonjolkan karektor pengamal ilmu hitam yang licik.

"Ular juga bukan sekadar simbolik karektor penggoda, malah mempunyai rangkuman kombinasi bagi semua ciri yang ada dalam watak Diana termasuk bijak memanipulasi orang lain.

"Saya kaji setiap pergerakkan serta ekor mata ular yang cukup tajam dan nyata ia memang membantu terutama ketika menghidupkan babak dalam penjara serta bacaan mantera," katanya yang meminta nasihat pelakon senior seperti Fauziah Nawi.

Dikatakan adaptasi.

Filem Dukun yang berada di pawagam bermula 5 April sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila 'terperam' selama 12 tahun hingga kononnya diharamkan Lembaga Penapis Filem (LPF).

Ia dikatakan memaparkan aksi ganas berikutan hasil adaptasi daripada kisah jenayah pembunuhan berprofil tinggi yang menggemparkan negara sekitar 1993.

Namun minggu lalu senario itu berubah selepas Astro Shaw mengumumkan Dukun sudah sedia menghantui pawagam bersama gimik klip video perempuan kebaya merah yang meraih 27 juta kali tontonan.

Dalam keterujaan, ada pihak lain pula meluahkan rasa terkilan apabila ia mendapat tarikh tayangan dengan pantas tanpa melalui Syarat Wajib Tayang (SWT) sedangkan hakikatnya setiap syarikat boleh terus kepada pawagam tanpa melalui proses SWT.

Barisan hebat pelakon bersama pengarah.

Terdahulu selain Umie, filem arahan Dain Said itu turut menampilkan gandingan mantap lain seperti Faizal Hussein,Namron, Adlin Aman Ramlie, Avaa Vanja, Hasnul Rahmat, Elyana, Soffi Jikan.

Filem terbitan Astro Shaw itu kini ditayangkan di 100 pawagam seluruh negara dan Brunei.

Sementara itu, Umie, 44, yang berkongsi pengalaman sepanjang di lokasi teruyama di Penjara Pudu mengakui berdepan gangguan apabila tubuhnya menggigil secara tiba-tiba ketika berada di dalam sel tahanan.

Terpaksa tinggalkan set lakonan.

"Memang ketika itu saya dalam haid. Sedari awal saya tertanya-tanya bagaimana perasaan banduan akhir yang bakal digantung. Perasaan itu terus berlegar di fikiran hingga kemudian seluruh tubuh saya menggigil tiba-tiba.

"Enggan dibuai perasaan, membuatkan saya terpaksa meninggalkan seketika sel tahanan bagi bertenang dan berehat di tempat letak kereta," katanya yang ditemui selepas prebiu Dukun di KLCC, semalam.

Daripada tayangan, sememangnya Dukun hanya mengambil sedikit inspirasi daripada kes membabitkan bekas penyanyi, Mona Fandey apabila plot kisah menjurus kepada kisah seorang ahli perniagaan yang ingin berkuasa dan kebal.

Mula ditayangkan 5 April.

Ditonjolkan juga dilema yang dihadapi peguam wanita itu apabila pada masa sama bergelut dengan kehilangan anak tunggalnya, Nadia selepas isterinya sendiri tidak ditemui sejak 10 tahun lalu.

Menariknya, setiap karektor mempunyai hubung kait malah antara babak paling memdebarkan tentu saja adegan Diana 'menurun' di dalam sel dengan aksi umpama labah-labah dan mana mungkin boleh dilupakan babak dukun itu menjilat dinding sel.