Pelakon aksi terkenal antarabangsa, Jet Li, 55, dilaporkan menderita penyakit hipotiroidisme dan masalah tulang belakang yang semakin serius.

Jet Li atau nama sebenarnya Li Lianjie yang dikenali melalui filem Lethal Weapon V dan Expendables 2 itu dilaporkan mengidap penyakit itu sejak lima tahun lalu.
Jet Li, ikon filem aksi.
Baru-baru ini sekeping foto yang merakamkan wajah terbaru Jet Li menjadi tular di media sosial. Foto tersebut menunjukkan Jet Li sedang melawat sebuah kuil di Tibet dan terpaksa dibantu untuk bergerak.

Hal itu menyebabkan peminat seluruh dunia terkejut dan tidak menyangka tahap kesihatannya semakin merosot. Bukan itu sahaja, malah kondisi ikon Hollywood itu juga kelihatan semakin uzur.
Peminat bimbang kesihatan Jet Li semakin merosot.
Selain itu, peminat juga menyatakan rasa bimbang dan turut berkongsi pelbagai petua kesihatan serta rawatan yang dipercayai mampu mengubat penyakit dialami aktor kesayangan mereka.

Tahun lalu, pelakon filem Once Upon A Time In China ini membuat pendedahan secara terbuka mengenai penyakit dihidapi selepas lama tidak muncul di khalayak ramai.
Hidapi penyakit tersebut sejak lima tahun lalu.
Jet Li mendedahkan dia mengidap penyakit tiroid pada 2010 dan sudah mengambil pelbagai ubat untuk rawatan namun tidak menunjukkan perubahan lebih baik.

Hipertiroidisme boleh menyebabkan metabolisma tubuh dan kadar degupan jantung pesakit berubah. Penyakit ini selalunya dirawat dengan pengambilan ubat.

Selain itu, penyakit tulang belakang yang dialami akibat kecederaan lampau ketika melakukan aksi lasak sejak lewat 1970-an sehingga awal tahun 2000 juga meninggalkan kesan sehingga menyebabkan dia tidak mampu berdiri lama.

Sumber: South China Morning Post