Penyanyi Elly Mazlein meluahkan rasa kesal apabila bekas suaminya, pengarah Azmi Hata mendakwa dirinya seorang ibu yang tidak bertanggungjawab.
Kata Elly, dakwaan itu merupakan salah satu alasan Azmi untuk memenjarakan dirinya.
Elly menjelaskan perkara tersebut menerusi satu video pendek yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya hari ini.

Ibu kepada seorang anak itu juga tidak dapat menahan sebak dan menangis ketika menceritakan perkara yang berlaku.
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah di bulan yang Mulia kakak Lina dapat keadilan. Syukur Alhamdulillah. Mahkamah tolak tuntutan @azmi_hata unttk penjarakan kakak Lina. Salah 1 alasan @azmi_hata adalah , azmi kata kakak Lina mama yang tidak bertanggungjawab kepada Sefhia.
“@azmi_hata sangat kejam punya impian nak pisahkn kakak Lina dengan manja. Tak tahu la bila agaknya @azmi_hata nak move on. Sepatutnya ikut akal logik, kakak Lina la yang lebih patut berdendam sebab @azmi_hata dah nikah, dah ada baby, keluarga sempurna.

“Kalau nak dibandingkan dengan kakak Lina selepas bercerai sampai sekarang belum bernikah , hanya ada Sefhia dan menjaga abah.. Mama dah meninggal.
“Mereka lebih sempurna tetapi mengapa mereka masih berdendam dan tidak abis-abis nak seksa & kacau kehidupan kami 3 beranak. Takpe dugaan untuk kakak Lina. InsyaAllah kakak Lina tak akan mengalah.
“Lepas ni kakak Lina akan usahakan pula, nak usulkan cadangan untuk meminta pihak produksi yang @azmi_hata sedang bekerja untuk meminta pihak produksi tersebut memotong gaji @azmi_hata setiap bulan untuk pembayaran nafkah Sefhia yang hanya rm1500.

“@azmi_hata wajib memberi nafkah kepada Sefhia. Kakak Lina bersyukur dan kakak Lina mampu sara Sefhia dengan rezeki yang Allah bagi ni, InsyaAllah. Cuma kakak Lina nak @azmi_hata bertanggungjawab kepada Sefhia, tu duit Sefhia, hak dia.
“Moga kisah kakak Lina menjadi iktibar buat semua. Tq buat En Mahyuddin selaku peguam kakak Lina yang telah menjalinkan tugas dengan baik sekali. Syukur rezeki kita.
“Buat @azmi_hata nak nikah berderet boleh.. nak anak ramai boleh.. Tapi bayarlah nafkah anak. Dah la duit hantaran nikah dulu pun kakak Lina tak dapat, duit iddah selepas bercerai pun tak dapat tapi kakak Lina tak kisah, kakak Lina halalkan.
“Tapi duit manja kau jangan buat hal ye. Aku panggil #hanani rambut kuih lompang coklat gi jumpa kau, baru kau tau,” tulisnya panjang lebar.
Azmi kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan aktres Faye Kusairi pada 9 April 2017.
Hasil perkahwinan Elly dan Azmi, mereka dikurniakan Putri Sara Sefhia yang kini berusia 2 tahun.

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, pernah bernikah dengan Azmi pada 9 November 2014 dan mereka bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly sarat hamil empat bulan.