Skip to main content

Market Trends

Dipuji Tutup Aurat Uqasha, Netizen Mahu Calon Suami Seperti Fikry Ibrahim

fikry-tutup-aurat-uqasha.jpg
Pelakon Fikry Ibrahim mendapat perhatian netizen apabila menyunting foto aktres Uqasha Senrose dengan tujuan untuk menutup aurat sebelum dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Foto yang dikongsi oleh Fikry dengan tujuan untuk mempromosikan drama terbaru berjudul Rahsia Hati Perempuan itu jelas menunjukkan bahagian rambut Uqasha telah disunting untuk menutup rambutnya.
 
 

2 more days!! RAHSIA HATI PEREMPUAN

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on


Tindakan Fikry itu menerima pujian netizen yang rata-ratanya melabelkan aktor itu sebagai seorang lelaki yang sangat prihatin dan patut dijadikan contoh.

Selain pujian, ruangan komen foto tersebut juga turut dihujani dengan komen-komen yang menyatakan keinginan untuk memperolehi lelaki sebaik Fikry sebagai calon suami.
Sikap prihatin Fikry membuatkan ramai wanita jatuh cinta.
Berikut merupakan antara komen-komen yang diterima Fikry.

“Abah,sebab ini lah tau abah duk tanya kenapa suka kat dia ni kenapa suka kat dia ni. Haaa berjambang tu memang la tapi hmm tengok ni, sangat bertimbang rasa tau,” - @sally_scha

“Ini calon suami terbaik @naddiiah__ @a.adiiila @baiduri_7770,” - @nblh.mzfrWell,

“Terbaik la Fikry Ibrahim nie. Boleh jdi imam saya tak? I mean masa solat berjemaah lah. Lol,” - @naz_ari
Melakukan perkara yang sama dengan foto bersama Janna Nick.

Selain Fikry, drama itu juga turut dibintangi oleh Uqasha Senrose, Mira Filzah dan Hisham Hamid.

Rahsia Hati Perempuan telah ditayangkan bermula 14 Mei lalu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro RIA (saluran 104) dan RIA HD (saluran 123).
 

Must-Watch Video