KAW
Dituduh Bodoh English, Pengacara Motif Viral Balas Kenyataan
Pasti anda pernah dengar ataupun menonton rancangan bual bicara 'Motif Viral' yang mencari sesiapa sahaja yang sedang viral di media sosial menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD. Membincangkan topik atau video yang menjadi viral, rancangan ini dihoskan oleh beberapa orang pengacara dan antaranya ialah Hazeman Huzir.
Menerusi Twitter baru-baru ini, terdapat seseorang yang mengkritik Hazeman dan seorang lagi rakan pengacaranya, Pink. Menerusi tweet tersebut, Hazeman dikritik kerana gaya rambutnya dan tidak pandai bertutur dalam Bahasa Inggeris. Namun Hazeman yang turut bergelar produser rancangan berkenaan telah membalas kenyataan tersebut dengan jawapan yang berbisa.
Bukan marah @ takbur. I studied hard in school just so I can shut down bullies. Ps: Pink blajaq kat London noh. Dont be a bij. pic.twitter.com/YNIIU8zbhL— Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) May 18, 2017
Pada zaman media sosial makin hebat ni, kalau sekali anda kritik orang, jangan hairan kalau orang akan mengkritik anda balik. Kami yakin ramai yang terhibur dengan pengacara dan intipati rancangan Motif Viral yang menepati citarasa anak muda. Pasti ramai yang tak tahu cabaran dan tanggungjawab bergelar seorang pengacara dan produser rancangan.
Mungkin produser Motif Viral boleh jemput mereka yang mengkritik ini ke studio, pasti mereka akan suka dan tutup mulut. Tak kenal maka tak cinta kan? Tabahlah Hazeman, bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Kenyataan balas Hazeman turut disokong oleh netizen.
@hazemanhuzir @_natashaanuar Nice one haze ?— feena (@unfortunaterose) May 19, 2017
@hazemanhuzir Shut her up ?— ::aniszlee:: (@RedBlackL0ver) May 18, 2017
@gmxn_ @TMusibat Die cuma menjawab bile org kate bodo english.. tu je... diam org mengutuk.. bila cakap bnd betul kata bangga diri... acanorr— JOKo (@CaptXee) May 19, 2017
@hazemanhuzir Mohon panggil dia masuk motif viral— kemal (@Akmalrfan) May 18, 2017
Must-Watch Video