Peminat dari Indonesia dan Malaysia bergabung mempertahankan Baby Shima selepas ada segelintir netizen yang menuduh peserta Big Stage itu pura-pura pengsan.
Menerusi akaun rasmi Instagram (IG) Baby Shima, peminat penyanyi berbakat besar itu meminta pihak yang memfitnah penyanyi kesayangan mereka itu supaya berhenti bercakap menyebarkan berita palsu.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria dan Ria HD, Emarina Kamal, memberitahu, Baby Shima ada mengadu penat dan sakit kepala.
“Baby Shima sampai ke Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pukul 4 petang. Dia mengadu tidak sihat, tetapi masih mahu meneruskan persembahan.

“Semangat dan kekuatan Baby Shima yang membuatkan dia berjaya menghabiskan persembahan malam tadi (Ahad),” katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Menjawab mengenai pasukan paramedik yang agak lambat membawa Baby Shima keluar dari pentas Big Stage, Emarina berkata pihak produksi pada mulanya menyangka ia hanya gimik persembahan penyanyi itu.

“Baby Shima tidak hadir latihan kerana jadualnya yang padat sebab itu kami sangkakan dia hanya buat gimik.
“Bukan sengaja membiarkan Baby Shima terbaring di situ, tetapi semua orang tidak sangka ia berlaku,” ujarnya.
Dalam pada itu, Emarina memberitahu, doktor mengesahkan kandungan gula dalam badan dan tekanan darah Baby Shima rendah.
“Doktor menasihatkan Baby Shima supaya berehat. Namun Baby Shima memberitahu, akan meneruskan perjuangan di pentas Big Stage,” katanya.
Malam tadi, bintang Big Stage Baby Shima rebah di pentas selepas menyanyikan lagu Ku Tak Akan Bersuara nyanyian Nike Ardilla.

Baby Shima dikejarkan ke Hospital Shah Alam sejurus insiden itu.
Juri profesional Big Stage, Faizal Tahir ketika ditemui selepas siaran langsung Big Stage memberitahu, persembahan Baby Shima malam tadi lebih baik berbanding konsert pertama.
“Kami (juri) kagum dengan semangat dimiliki Baby Shima kerana dia bertahan sehingga selesai persembahan.
“Persembahan Baby Shima pada minggu ini juga jauh lebih baik berbanding minggu lalu,” katanya yang tidak sempat memberi komen selepas persembahan, seperti kebiasaan kerana insiden yang menimpa Baby Shima. .

Selain Baby Shima, Big Stage disertai Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul, Syafiq Farhain, Baby Shima, Sissy Iman, Fara Hazel dan Wani Kayrie.
Fara Hazel merupakan bintang pertama yang tersingkir dari pentas Big Stage, malam tadi.
Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh Tik Tok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria(104) dan Ria HD (123).
Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!