Skip to main content

Market Trends

“Doa Suami Dapat Anak Perempuan Jadi Nyata” - Lufya

lufya-01.jpg

Awal bulan depan, Lufya dan suaminya, Che Muhammad Hafiz Che Baharum akan menimang cahaya mata sulung perempuan mereka. Malah impian suami kacaknya yang juga seorang doktor itu untuk memiliki baby girl akan menjadi kenyataan tak lama lagi.

Doa suami Lufya itu juga akhirnya menjadi kenyataan kerana selama isterinya mengandung, dia memang benar-benar berharap kandungan itu ialah perempuan.

Lufya kini hamil lapan bulan. Lufya dan kandungannya itu juga sihat ketika ini.

Rahsiakan dulu nama anak.

“Awalnya saya tak kisah apapun jantina anak kami nanti. Namun jika diberi pilihan, saya mahukan anak perempuan. Alhamdulillah, akhirnya semua itu semakin pasti.

“Kehadiran anak kami itu nanti akan jadi hadiah paling indah buat saya dan isteri.

“Kami pun sudah mempunyai nama untuk bakal anak sulung kami nanti. Tapi buat ketika ini, biarlah nama itu kekal rahsia antara kami dulu,” kata Hafiz.

Persiapan semua sudah dibuat.

Sementara itu, Lufya yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 6 mengakui semakin dekat hari melahirkan anaknya, maka semakin kuat rasa debaran yang bertandang.

“Semua persiapan untuk bakal anak kami sudah selesai dilakukan.

“Tunggu waktu saja nak melahirkannya. Semoga dipermudahkan. Insya-Allah,” katanya.

Lufya atau nama penuhnya, Lutfyah Sheikh Omar turut menambah yang dia belum terfikir untuk membuka akaun media sosial untuk bayinya nanti seperti mana yang sering dilakukan sesetengah artis.

Belum mahu dedah dengan media sosial.

“Kalau boleh saya mahu anak kami nanti membesar dalam keadaan yang sihat dan tidak terlalu expose dengan perkara negatif yang menjurus kepada hal pengaruh media sosial.

"Saya belum rasa ada keperluan untuk buka akaun media sosial untuk bayi saya. Malah apa yang saya ingin kongsi boleh dimuat naik di akaun media sosial saya sendiri saja," kata.

Sabtu lalu Lufya dan suami menganjurkan majlis baby shower di kediaman mereka di Sunway Challis Damansara.

Majlis turut dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan selebriti seperti Aliff Aziz, Yatt Hamzah, Irma Hasmie dan Adam Corrie.

Pasangan ini berkahwin pada 26 November 2016.

Topik Berkaitan

Must Watch Video