Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Dok Jerit Hidup Melayu, Tapi Adab Melayu Tak Dipraktikkan!” – Ogy

Fiza Kamarudin
05/07/2018 03:51 MYT
Pelakon popular Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih mesra dengan panggilan Ogy meluahkan rasa kesal dengan sesetengah masyarakat yang menunjukkan sikap seolah-olah ‘cakap tidak serupa bikin’.

Ogy, menerusi laman Instagram (IG) peribadinya, telah memuat naik status yang dipercayai merujuk kepada sikap segelintir penyokong Datuk Seri Najib Razak di mahkamah ketika sebutan kes bekas Perdana Menteri (PM) Malaysia itu berlangsung.

Kata primadona filem Melayu itu, lebih memalukan apabila Peguam Negara terpaksa menegur penyokong Najib supaya menjaga tingkah laku dan lebih beradab.

Sementara itu di ruangan kapyen, Ogy menulis, “satu dunia dok tengok wei! Malu wei!!!”

Perkongsian tersebut juga telah mendapat sokongan daripada pengikutnya yang meluahkan rasa kesal dengan kekecohan berlaku di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.

Gara-gara kekecohan yang dicetuskan penyokong Najib, sidang media turut dibatalkan.

Turut hadir memberi sokongan kepada bekas PM ialah isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, anak mereka Norashman dan Nooryana Najwa serta suaminya Daniyar Nazarbayev.

Sorotan media turut tertumpu kepada pelakon Ellie Suriaty yang turut berteriak menyokong Najib di mahkamah.

Najib ditahan berhubung siasatan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
#Selebriti #Selebriti