Menutup tirai 2016, pasti banyak perkara yang membuat anda terkenang-kenang sehingga adakalanya membuat tersenyum sendiri mahupun menitiskan air mata. Banyak momen indah yang ingin diulang semula. Kami rangkumkan 16 drama televisyen popular yang tentunya terselit aksi ‘sweet’, momen hitam yang menjadi igauan dan paling penting kebanyakannya terdiri daripada drama adaptasi novel. Drama-drama ini menjadi trending bukan sahaja kerana jalan cerita, populariti novel malah pemilihan pelakon utama turut memainkan peranan dalam menarik penonton setia.

(Kredit Gambar: Instagram @official_surihati.mrpilot)
- Suri Hati Mr Pilot
Penangan drama 16 episod ini cukup hebat sehingga menjadikannya tersenarai sebagai drama Melayu nombor satu di enjin carian Google Malaysia tahun 2016. Drama ini turut memegang rekod rating tertinggi untuk kategori drama di Malaysia dengan 5 juta tontonan setiap episod. Kisah percintaan di luar drama antara Neelofa dan Fattah Amin turut menjadi bualan netizen. Ada yang menyokong dan tidak kurang yang mengeji.
Hashtag seperti
#lofattah turut
trending. Belum lagi fesyen tudung dan pakaian yang digayakan Neelofa dalam drama menjadi perhatian.
Suri Hati Mr. Pilot, drama adaptasi dariapada karya Dila Dyna ini mengisahkan kemelut dalam perkahwinan antara Ejaz dan Warda akibat kesilapan lalu yang bermula akibat salah faham, cemburu serta dengki. Pertemuan Ejaz dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu, saat Warda dibuang keluarga kerana terlalu mengejar cinta Muslim. Ejaz nekad mengahwini Warda walaupun perkahwinan itu ditentang neneknya. Namun ketika bahagia berada di puncak, pelbagai cabaran dan rintangan menimpa.

(Kredit Gambar: Instagram @Sallywho)
- 7 Hari Mencintaiku
Masih ramai yang belum
move on dengan kisah Mia dan Khuzairi. Drama adaptasi novel tulisan Siti Rosmizah yang diarah oleh Jamal Khan ini mendapat 12 juta tontonan pada episod akhir dengan purata tontonan setiap episod sebanyak 3.3 juta. Selain jalan ceritanya yang mencerminkan realiti kehidupan masyarakat, drama ini disokong dengan lakonan hebat Shukri Yahaya, Siti Saleha, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Aman Graseka dan Liza Abdullah. Drama ini turut menjadi topik perbincangan hangat di laman sosial
Twitter setiap kali bersiaran sehingga memonopoli takhta
trending nombor satu di Malaysia dengan
#7HariMencintaiku. Lebih menarik, bukan sahaja watak Mia dan Khuzairi menjadi tumpuan, babak kematian Buntat ketika cuba menyelamatkan mia daripada dipukul Khalil turut
trending. Sekelip mata Buntat menjadi satu ikon yang hebat diperkatakan netizen. Begitu juga dengan watak Pak Samad yang dilakonkan oleh Aman Graseka turut menjadi tumpuan.

(Kredit Gambar: Instagram @Sallywho)
Drama ini mengisahkan Mia Adriana, seorang anak Datuk yang dipaksa berkahwin dengan Khuzairi untuk menutup malu selepas tunangnya, Khalil, menghilangkan diri pada hari pernikahan mereka. Bermulalah kehidupan baru Mia bersama Khuzairi di kampung yang kurang disenangi Mia kerana dia menganggap tempat itu tidak sepadan dengan statusnya. Malah, Mia turut melakukan pelbagai perkara supaya diceraikan Khuzairi termasuk meninggalkan anak dan suaminya. Mia akhirnya akur dengan kesilapannya dan merayu agar diberikan peluang kedua untuk membuktikan cintanya kepada Khuzairi dan anak mereka dalam tempoh tujuh hari.

(Kredit Gambar: Instagram @alifsatar)
- Dia Semanis Honey
Sebuah lagi drama yang diadaptasi daripada novel karya Dila Dyna yang dilakonkan oleh Alif Satar dan Siti Nordiana. Populariti drama ini bukan sahaja menaikkan nama juara
Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana malah kerana permintaan yang tinggi, drama disambung ke siri
Dia Semanis Honeymoon dan telefilem
Dia Semanis Honey Raya serta bakal menemui penonton di pentas teater Januari ini.

(Kredit Gambar: Instagram @hairulazreen)
Sebuah perhubungan yang bermula dengan perkelahian dan disaat hati mula menyukai, muncul insan ketiga menduga cinta. Tiga tahun Ahnaf membawa diri, dia kembali saat Hani sudah menemui pengganti.
.jpg)
(Kredit Gambar: Instagram @uqashasenrose)
- Tundukkan Playboy Itu
Sebuah lagi drama yang cukup popular, kali ini diadaptasi daripada novel tulisan Anjell. Populariti drama lakonan pelakon baru Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose ini terbukti setelah mencapai 2.6 juta tontonan seawal episod pertama ditayangkan. Malah kerana populariti cerita ini, Uqasha dan Hafidz turut terpalit kisah sensasi serta pergaduhan yang kurang enak untuk didengar.

(Kredit Gambar: Instagram @uqashasenrose)
Drama 30 episod ini mengisahkan Harraz Naufal, jejaka kasanova yang cuba memahami erti cinta sebenar setelah bertemu Nurin Arissa. Penonton yang terlepas menyaksikannya tentu tertanya-tanya kaitan antara Nurin, model berniqab dengan Harraz ni kan? Yang pasti, tajuknya sahaja sudah cukup menerangkan tentang jalan cerita drama ini.

(Kredit Gambar: Instagram @mfmirafilzah)
- Cinta Si Wedding Planner
Siapa yang tidak tertawan melihat aksi lakonan si cantik manis Mira Filzah bersama pelakon tampan Adi Putra. Populariti dua pelakon utama ini tidak dinafikan menyumbang kepada jumlah tontonan sebanyak 4.5 juta penonton pada episod akhir selain jalan ceritanya yang mudah difahami.
Cinta Si Wedding Planner mengisahkan mengenai Izara Batrisya, seorang perancang perkahwinan bertemu Fariz Adryan, lelaki ego yang masih belum sepenuhnya melupakan bekas kekasihnya. Mereka saling mengenali dan berkahwin. Karakter Fariz yang panas baran telah berubah menjadi suami yang sangat baik dan begitu juga Zara yang menjadi isteri sempurna kepada Fariz sehinggalah, cinta pertama Fariz muncul kembali menagih kasih.

(Kredit Gambar: Twitter)
- Mak Cun 2
Mak Cun bukan sebuah kisah cinta dua darjat yang penuh dengan aksi romantis tetapi kisah seorang peniaga bedak sejuk yang bercita-cita tinggi memasarkan produknya. Populariti drama
Mak Cun musim pertama cukup besar, memaksa pihak produksi menghasilkan sekuel kepada drama ini.
Mak Cun 2 masih mengekalkan pelakon lama dengan penambahan beberapa pelakon baru seperti Norish Karman, Azrel Ismail dan Dafi.
Mengapa kisah Mak Cun cukup disenangi? Sudah tentu kerana jalan ceritanya yang cukup dekat dengan kehidupan masyarakat. Ada sahaja golongan yang dengki dengan kejayaan orang lain yang digambarkan melalui watak Manisah lakonan Umie Aida dan Mak Cun lakonan Erma Fatimah dalam gaya bersahaja dan penuh elemen komedi mencuit hati.

Antara Scha dan Sakinah, siapa yang menjadi pilihan?(Kredit Gambar: Instagram @hisyamhamid7)
- Isteri vs Tunang
Sungguhpun jalan cerita drama adaptasi novel tulisan Aesya Azahar ini kelihatan biasa tetapi selitan beberapa elemen dipenghujung cerita menjadinya lain daripada yang lain. Populariti Ayda Jebat yang menyanyikan runut bunyi drama ini dengan lagu popularnya
Pencuri Hati memberi bonus tambahan buat drama ini. Wanita mana yang tidak marah andai suami menjalinkan hubungan dengan kekasih lama? Watak Alana yang dibawa Scha, sebagai isteri yang sanggup membantu urusan peminangan isteri kedua suaminya cukup menjentik kemarahan penonton. Tambahan pula watak Amira lakonan Sharifah Sakinah yang cukup menjengkelkan menambahkan lagi elemen drama sehingga membuatkan penonton tidak sabar melihat sambungan drama ini saban episod.

Takkan la sampai tarik kaki Anggun?(Kredit Gambar: Instagram @azirashafinaz)
- Mr Donat Karamel
Sebuah drama yang berada dalam kelompok 10 drama paling tinggi carian di
Google Malaysia. Kisah seorang suami yang sedang berusaha memikat isterinya kembali. Anggun Qairah, seorang novelis yang gemar berkarya di sebuah kafe sambil menikmati donat karamel.

Manis sungguh senyuman Anggun kala mencari ilham.(Kredit Gambar: Instagram @azirashafinaz)
Satu kemalangan telah menemukannya dengan Faiq dan menimbulkan rasa suka lelaki itu. Dia mula mendekati Anggun dan berjaya menawan hati gadis itu. Namun apabila si isteri mula mengetahui suaminya tidak jujur dalam perhubungan, mulalah dia menarik muka. Menariknya drama adaptasi novel karya Hanny Esandra ini menampilkan pelakon baru sebagai watak utama, satu percubaan berani yang berbaloi!

Apa yang kelakar sangat tu Erine?(Kredit Gambar: Instagram @aydajebat)
- Awak Sangat Nakal
Sebuah buah tangan Sharnaaz Ahmad yang cukup berbeza dengan watak lakonannya sebelum ini. Lari daripada imej gengster, Sharnaaz membawakan watak Johan, pemuda kampung yang sering diusik Erine, anak Datuk yang dibawa orang gajinya pulang ke kampung sepanjang ketiadaan mama dan papanya.

(Kredit Gambar: Instagram @aydajebat)
Aksi Ayda cukup bersahaja membawakan watak gadis nakal yang gemar mengusik menambat hati penonton. Tajuknya yang cukup
simple dengan jalan cerita yang tidak
complicated menjadi drama ini antara yang dinanti-nantikan kelompok peminatnya.

(Kredit Gambar: Instagram @jannanick)
- Suami Tanpa Cinta
Janna Nick dan Shukri Yahya, dua pelakon yang cukup terkenal dalam drama di stesen TV diberi mandat membawakan watak Ain Syifa dan Zaidan. Ain Syifa, seorang yang berhati kering. Dia memang langsung tidak punya perasaan tetapi, dia minta dikahwinkan kepada Zaidan Iman tanpa rasa cinta. Dengan cara ini saja, syarikat keluarganya boleh diselamatkan. Namun perkahwinan tanpa rasa cinta, andai dibajai setiap hari pasti berhasil menumbuhkan sekelumit perasaan dalam hatinya.

Apa yang tak kena tu Seroja?(Kredit Gambar: Instagram @arondwiaziz)
- Isteri Tuan Ihsan
Drama ini masih lagi ditayangkan di televisyen tetapi popularitinya luar biasa. Seperti biasa, kehadiran Aaron Aziz sebagai Tuan Ihsan, seorang bos berusia 47 tahun yang jatuh cinta kepada gadis muda bernama Seroja cukup menarik hati.

(Kredit Gambar: Instagram @aarondwiaziz)

(Kredit Gambar: Instagram @aarondwiaziz)
Hampir kesemua drama lakonan Aaron mendapat jumlah tontonan yang tidak sedikit terutama yang melibatkan watak seorang lelaki gentleman yang cukup sinonim dengan Aaron. Gandingan Aaron dengan Amyra Rosli yang berjaya membawa watak kekasih yang nakal dan manja, dilihat cukup menjadi.

(Kredit Gambar: Instagram @zarazya)
- Duda Terlajak Laris
Drama ini menampilkan pelakon yang tak kurang hebatnya, pelakon yang sedang kian melonjak naik seperti Idris Khan, Zara Zya dan Wawa Zainal sebagai teraju utama. Drama ini mengisahkan seorang lelaki yang bakal memahami erti cinta setelah mensia-siakan perkahwinannya. Drama ini punya kekuatan dari segi olahan cerita dan jalan ceritanya yang menarik.

(Kredit Gambar: Instagram @umminazeera)
- Patahnya Sebelah Sayap
Sebuah drama berat yang berjaya digalan Ummi Nazeera, Izzue Islam dan Aeril Zafrel dengan baik. Jauh daripada kisah percintaan klise yang sering dipertontonkan dalam kebanyakan drama.

(Kredit Gambar: Instagram @umminazeera)

(Kredit Gambar: Instagram @umminazeera)
Kisah seorang gadis yang disabitkan bersalah dalam sebuah kejadian langgar lari yang langsung tidak dilakukannya. Malah dia langsung tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada si pelaku sebenar.

(Kredit Gambar: Instagram @jannanick)
- Kau Aku Kita
Sebuah lagi drama lakonan Janna Nick, kali ini digandingankan bersama Saharul Ridzwan. Jalan ceritanya cukup santai yang diangkat daripada novel tulisan Orkid Edyliyne.

(Kredit Gambar: Instagram @jannanick)
Kisah dua individu dengan nama sama yang akhirnya berkahwin. Bagaimana pasangan ini mengekalkan perkahwinan mereka setelah satu demi satu rahsia terbongkar?

(Kredit Gambar: Instagram @hisyamhamid7)
- Abang Bomba I Love You
Lapan tahun bergelar anggota bomba, dijadikan sebab utama Hisyam Hamid menerima tawaran membawakan watak Rayqal, seorang anggota bomba dalam drama ini.

(Kredit Gambar: Instagram @hisyamhamid7)

(Kredit Gambar: Instagram @amiraothman)
Amira Othman, penyanyi yang baru meningkat naik pula diberi mandat membawakan watak Lily, gadis yang dalam diam menaruh hati kepada Rayqal setelah beberapa kali diselamatkan oleh lelaki itu.

(Kredit Gambar: Instagram @nienabaharun)
- Sayangku Kapten Mukhriz
Raja Afiq dan Amaniena Baharun, dua tunggak utama drama adaptasi novel berjudul Anugerah Terindah ini merupakan muka baru dalam industri.

(Kredit Gambar: Instagram @nienabaharun)
Populariti drama yang mengisahkan usaha seorang doktor dalam memikat seorang ustaz yang juga seorang kapten inilah yang telah menaikkan nama pelakon utamanya Raja Afiq. Drama ini juga telah mengangkat kerjaya sebagai anggota tentera berjaya dibawakan Raja Afiq dengan jayanya. Amaniena pula tidak kurang hebat dengan watak manja mengada dalam usahanya menawan hati Mukhriz. Drama ini mengangkat semua aspek daripada kekeluargaan, persahabatan, cinta dan komedi.