Pelakon Putra Amaris mengakui banyak yang dipelajari tentang perniagaan sejak bekerja dengan usahawan popular, Datuk Seri Vida (DSV).

Putra Amaris atau nama sebenarnya Amra Ismail memberitahu, setakat ini dia tidak mempedulikan tuduhan negatif netizen kerana tidak mendatangkan sebarang faedah.

Putra Amaris membantu pemasaran

“Tiada faedah jika kita melayan kata-kata negatif orang, saya ikhlas bekerja dengan DSV dan setakat ini banyak yang saya pelajari mengenai selok belok perniagaan.

“DSV juga tidak lokek berkongsi ilmu dengan saya dan yang terbaru saya tertarik dengan program terbaru DSV, iaitu La Vida Coin,” katanya.

Jelepekk..non stop.. Pukulan Lavida Coin.. . . Coin coin.. Nak? Lavida Coin *MALAYSIA* Rates 1:5 $0.66 usd 1 LVC *Rm 3.3 1 LVC* *BRUNEI/SINGAPURA* $0.66 usd 1LVc *$1.38* *1LVc* Pakej Minima *30LVC* rm 99 usd $19.80 *60LVC* rm 198 usd $ 39.6 *160LVc* rm 528 usd $105.6 *260LVC* rm 858 usd $ 171.60 *360LVC* rm 1188 usd $ 237.6 *600LVC* rm 1980 usd $ 396 *800LVC* rm 2640 usd $ 528 *1000LVC* rm 3,300 usd $ 660 *2000LVC rm 6,600 usd $1,320* *3000 LVC rm 9,900 usd $1,980* BANK IN SEGERA UNTUK PASTIKAN HARGA $ 0.66 *MAYBANK* *5580 2432 2147* *EMPAYAR BEAUTY DSV* sertakan: ?NAMA ?EMAIL ?NO TEL www.wasap.my/601116306256

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on


Putera Amaris ditemui pada majlis makan malam dan pelancaran La Vida Coin by Dato’ Seri Vida, di Menara Felda, pada malam Sabtu lalu.

Bagaimanapun Putra Amaris enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan mempunyai hubungan dengan majikan sendiri.

Putra Amaris mendapat kepercayaan isteri

“Saya di sini kerana rezeki yang telah Allah aturkan kepada saya. Saya bantu DSV dari segi pemasaran dan kerja-kerja yang perlu diselesaikan.

“Saya sudah kenal DSV sejak lima tahun lalu dan hubungan kami profesional atas dasar kerja,” ujarnya.

Terdahulu, gosip mengenai Putra Amaris dan DSV heboh diperkatakan selepas kerap memuat naik foto bersama.

Putra Amaris turut muncul dalam video muzik lagu Lavida Go Bola.