Kaw
Dua Penulis Skrip Berpengalaman Kongsi Ilmu
Setiap karya sama ada filem, telefilem mahupun drama bersiri yang dipertontonkan kepada khalayak, ia bermula daripada cerita yang dikarang penulis skrip.
Banyak kelemahan yang dapat dilihat dari aspek lakon layar, dialog yang diucapkan pelakon dan plot penceritaan gagal kerana faktor skrip yang longgar. Justeru, penekanan pada ilmu penulisan skrip perlu dititikberatkan dalam menghasilkan karya terbaik.
Dua orang penulis skrip berpengalaman, Maizura Mohd Ederis dan Siti Jasmina Ibrahim sudi berkongsi ilmu dan pengalaman mereka bersama penonton menerusi Bengkel Penulisan Skrip Adaptasi daripada Cerpen/Novel ke Drama Televisyen/Filem yang akan diadakan pada 29 sehingga 30 September ini.
Program anjuran Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka ini mengajak orang ramai turut serta menimba ilmu konsep penulisan skrip yang menggunakan sumber cerpen atau novel. Berdasarkan pelbagai drama bersiri di televisyen yang menggunakan cerita adaptasi novel, ia menunjukkan sambutan positif apabila meraih 'rating' yang tinggi.
Senario ini mencetuskan fenomena baru dalam selera penonton masa kini dan menggalakkan stesen televisyen menerbitkan program baru yang membawa konsep sama. Namun, kedua penulis skrip berpengalaman ini menekankan proses adaptasi cerpen dan novel menjadi skrip ini bukan suatu perkara yang mudah.
{^widget|(name)statictextWidget|(text)Bayaran+sebanyak+RM200+dikenakan+pada+mereka+yang+berminat+menyertai+Bengkel+Penulisan+Skrip+Adaptasi+daripada+Cerpen%2fNovel+ke+Drama+Televisyen%2fFilem+yang+akan+diadakan+pada+29+hingga+30+%0d%0aSeptember+ini.+|(container)RDImageCaption|(widget_displayname)Static+text|(width)|(height)^}
Adaptasi cerpen dan novel ke skrip menuntut pemahaman dan pemikiran baharu. Proses interpretasi daripada naratif teks kepada skrip tidak boleh dibuat secara sembrono. Ini bermakna, proses ini bukan sekadar memindahkan teks menjadi skrip semata-mata tetapi memerlukan penaakulan dan interpretasi baharu.
Bagi penulis cerpen dan novel, mereka wajar menerima hakikat bahawa karya mereka boleh dirombak untuk melahirkan karya baru manakala penulis skrip adaptasi pula tidak boleh menyalin bulat-bulat apa yang terkandung di dalam cerpen dan novel asal itu.
Penyertaan bengkel ini terbuka pada semua yang berminat dengan penulisan skrip dan yuran penyertaan adalah RM200 seorang manakala peserta terawal mendaftar layak mendapat harga istimewa sebanyak RM150. Mereka yang berminat boleh menghantar emel pada urusetia, saravanan@usm.my, maizuraederis@gmail.com dan imah@usm.my atau menghubungi talian 04-6536040/6533378/6533864.