Skip to main content

Market Trends

“Dulu Kalau Orang Tanya Pasal Anak Saya Marah Dan Cakap...” – Alyah

datin-alyah.jpg
Penyanyi Datin Alyah mengakui pernah berasa marah apabila kerap diajukan soalan mengenai zuriat dan keadaan rumah tangganya.

Alyah berkata, di awal perkahwinan dia mudah terasa hati apabila diasak soalan mengenai anak kerana menganggap ia perkara yang sangat sensitif.

Alyah pada majlis pelancaran muzik video Jutaan Purnama baru-baru ini

“Awal-awal dulu kalau orang tanya pasal anak, saya sensitif. Sekali tanya saya okay, tapi bila dah berkali-kali tanya soalan sama saya bagi jawapan sarkastik.

“Siapa yang tidak mahu zuriat? Setiap pasangan berumah tangga pasti mengimpikan anak-anak comel sebagai pelengkap, tetapi kita manusia hanya merancang.

Alyah artis pertama tanah air yang diberi peluang menggunakan tempat bersemayam Almarhum Sultan Kedah, di Keriang Hill untuk majlis pelancaran muzik videonya baru-baru ini

“Kalaulah kita tahu bila ajal menjemput, tentu mudah nak menjangkakan masa depan. Saya percaya, Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik buat saya dan keluarga,” katanya.

Tambah Alyah lagi, selepas lima tahun berumah tangga dengan maestro muzik terkenal Datuk Ramli M.S., ada juga yang bertanya tentang kehidupan dia dan suami.
 
 

Tak pernah Saya terfikir kerna Saya tahu Saya hanya insan seni biasa yg tidak pernah lelah mengejar Impian.Namun Allah swt itu sebaik baik perancang Dan kepada dialah tempat Kita berserah diri.Pada 26hb Julai 2018 detik sejarah dlm hidup Dan kerjaya seni Saya. YTM Tunku Temenggong Kedah.Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim @tunkuputeri pekenan Memberi Kunjungan Bagi Pelancaran Single terbaru Saya iaitu #jutaanpurnama yg di adakan di @kerianghill Alor star kedah.Tak dapat nak diluahkan bagaimana Sebak,Sedih,Gembira,Terkejut,suka dan mcm mcm Perasaan Saya bercampur baur kerna terlalu gembira atas Kunjungan Tunku Puteri.Dan Saya juga Berharap Tunku puteri Suka dgn #jutaanpurnama. Menjunjung Kasih Tunku puteri. Semoga Tunku puteri sentiasa Dilindungi,Diberikan Kesihatan sebaik baiknya dan terus menjadi puteri kesayangan Rakyat selamanya...

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on


“Alhamdulillah, Allah beri saya menikmati rasa bahagia berkongsi hidup dengan suami. Tidak dinafikan hidup berumah tangga ada pasang surutnya.

“Namun, setiap hari kematangan mengajar kita untuk lebih bijak menelan asam garam dalam sesebuah perhubungan,” ujarnya.

Alyah bahagia bersama suami, Ramli M.S

Alyah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video Jutaan Purnama di Keriang Hill, Kedah, baru-baru ini.

Menariknya, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah perkenan mencemar duli meraikan majlis bersejarah tersebut.

Alyah bersama YAM Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Safinaz (tengah), mencemar duli bersama-sama meraikan majlis bersejarah di Keriang Hill

Turut hadir, pelakon popular Remy Ishak yang juga teraju utama muzik video Jutaan Purnama memberi sokongan kepada Alyah.

Muzik video Jutaan Purnama telah dilancarkan secara rasmi di laman YouTube Warner Music Malaysia pada 26 Julai lalu.

 

Advertisement

Must-Watch Video