KAW

“Dulu Kalau Orang Tanya Pasal Anak Saya Marah Dan Cakap...” – Alyah

Fiza Kamarudin 01/08/2018 | 10:39 MYT
Penyanyi Datin Alyah mengakui pernah berasa marah apabila kerap diajukan soalan mengenai zuriat dan keadaan rumah tangganya.

Alyah berkata, di awal perkahwinan dia mudah terasa hati apabila diasak soalan mengenai anak kerana menganggap ia perkara yang sangat sensitif.

Alyah pada majlis pelancaran muzik video Jutaan Purnama baru-baru ini


“Awal-awal dulu kalau orang tanya pasal anak, saya sensitif. Sekali tanya saya okay, tapi bila dah berkali-kali tanya soalan sama saya bagi jawapan sarkastik.

“Siapa yang tidak mahu zuriat? Setiap pasangan berumah tangga pasti mengimpikan anak-anak comel sebagai pelengkap, tetapi kita manusia hanya merancang.

Alyah artis pertama tanah air yang diberi peluang menggunakan tempat bersemayam Almarhum Sultan Kedah, di Keriang Hill untuk majlis pelancaran muzik videonya baru-baru ini


“Kalaulah kita tahu bila ajal menjemput, tentu mudah nak menjangkakan masa depan. Saya percaya, Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik buat saya dan keluarga,” katanya.

Tambah Alyah lagi, selepas lima tahun berumah tangga dengan maestro muzik terkenal Datuk Ramli M.S., ada juga yang bertanya tentang kehidupan dia dan suami.

“Alhamdulillah, Allah beri saya menikmati rasa bahagia berkongsi hidup dengan suami. Tidak dinafikan hidup berumah tangga ada pasang surutnya.

“Namun, setiap hari kematangan mengajar kita untuk lebih bijak menelan asam garam dalam sesebuah perhubungan,” ujarnya.

Alyah bahagia bersama suami, Ramli M.S


Alyah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video Jutaan Purnama di Keriang Hill, Kedah, baru-baru ini.

Menariknya, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah perkenan mencemar duli meraikan majlis bersejarah tersebut.

Alyah bersama YAM Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Safinaz (tengah), mencemar duli bersama-sama meraikan majlis bersejarah di Keriang Hill


Turut hadir, pelakon popular Remy Ishak yang juga teraju utama muzik video Jutaan Purnama memberi sokongan kepada Alyah.

Muzik video Jutaan Purnama telah dilancarkan secara rasmi di laman YouTube Warner Music Malaysia pada 26 Julai lalu.

#Selebriti #Selebriti