Ketika berdepan dengan depression beberapa tahun lalu, Dynas Mokhtar mengakui suaminya , Shazrik Din yang sah dinikahi pagi tadi disifatkan pelakon wanita itu antara lelaki yang begitu tegar berada di sampingnya sewaktu susah dan senang. Ibarat apa saja terjadi kepadanya, lelaki kacak itu antara yang setia menemaninya di sisi.

Jelas kesabaran dan cara ahli perniagaan itu menjaga dirinya juga antara yang membuatkan Dynas tidak lagi memandang ke belakang sekali gus menerimanya sebagai insan paling istimewa buat dia dan dua anak tersayang dalam hidup. Ini juga merupakan perkahwinan kedua Dynas.
“Tipu jika saya tak cakap fobia untuk berkahwin lagi. Tapi kehadiran Shazrik mengubah banyak persepsi hidup saya.

Kesabarannya memikat hati.
“Cara dia tackle dan deal saya termasuk ketika saya berdepan kemurungan sebelum ini antara yang menguatkan hati bahawa he's the one.

“Dia ada ketika mood saya ups and downs. Yang selalu saya jadi mangsa kena marah pun dialah apabila mood jadi tidak menentu. Ketika itu juga Dynas mula sedar, dialah manusia paling sabar pernah dikenalinya,” kata Dynas kepada Rojak Daily Kaw! pada sidang media usai majlis pernikahan diadakan di kediaman keluarganya di Shah Alam.

Shazrik sebenarnya merupakan lelaki yang dikenalinya sejak dibangku sekolah. Ketika itu Dynas masih di tingkatan lima manakala Shazrik sudah ke kolej.

Tiga tahun kenali hati budi.
“Kalau nak diimbas balik memang lucu. Dia pernah cuba memikat hati ini dulu. Tapi saya tak layan.

“Tak sangka pula apabila sudah besar kami bertemu kembali dan kenal kelompok kawan yang sama. Malah saya pernah berseloroh kepadanya dengan memberi tempoh enam bulan untuk mencuri hati ini.

“Saya pernah cabar dirinya kalau tak dapat penuhi tempoh itu, dia boleh cari wanita lain. Tapi hakikatnya tiga tahun juga kami mengenali hati masing masing.

“Dia sendiri cakap, enam bulan satu tempoh pendek untuk kenal diri kami. Daripada situ juga saya sedar dialah lelaki yang boleh memimpin dan membimbing saya.

Restu anak-anak.
“Lebih pada itu, dia juga pandai mencuri hati dua anak saya. Kami berkahwin pun datang atas restu anak,” kata Dynas.

Sementara itu Shazrik berkata, bukan mudah dan senang sebenarnya untuk memikat hati dua anak Dynas terutamanya.

“Kunci paling utama kena konsisten. Sekali seminggu saya cuba dekati dan kenal hati mereka. Saya cuba ajak mereka bersembang fasal hal kanak kanak dan apa yang mereka sukai.

“Daripada situ perasaan itu berkembang. Ia juga jadi proses pembelajaran untuk saya menjadi ayah segera buat mereka,” kata Shazrik.

Tidak merancang soal anak.
Pasangan ini dijangka berbulan madu di dua buah lokasi di Terengganu termasuk Pulau Redang.

“Saya akan bawa dua anak Dynas sekali untuk berbulan madu. Ia ibarat balik kampung juga kerana saya ada saudara mara di Terengganu.

“Hanya selepas itu mungkin pada hujung tahun kami akan berbulan madu berdua. Mungkin di Maldives atau lokasi lain. Tengok juga jadual kerja kami bagaimana,” kata Shazrik

Mengenai anak sendiri, mereka tidak merancang.

“Kami takkan tunggu atau merancang. Kami ikut aliran hidup. Usia kami pun bukan makin menurun,” kata pasangan itu.

Dinikahkan bapa Dynas.

Info

Pernikahan dihadiri keluarga dan rakan terdekat.