Kaw
Dzawin Peroleh Markah Tertinggi Di Separuh Akhir, Adakah Juara Maharaja Lawak Mega 2017 Seorang Peserta Indonesia?
Bertempat di Teater Royal Shah Alam semalam menyaksikan lima lanun lawak iaitu Kumpulan Bocey, Kumpulan Shiro, Kumpulan Zero, Kumpulan Puteh dan seorang peserta solo dari Indonesia, Dzawin mara ke peringkat akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017.

Debaran mula terasa apabila dua peserta dipanggil tampil ke depan iaitu kumpulan Puteh dan Dzawin untuk diumumkan siapakah yang tersingkir. Namun apabila Dato AC Mizal mengumumkan Dzawin turut akan beraksi di pentas akhir, seluruh dewan bangun bersorak gembira. Pentas akhir MLM 2017 akan diadakan di Jitra Kedah.
Markah akhir separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2017
Dzawin – 68.64 Zero – 63.07 Shiro – 62.90 Puteh – 61.47 Bocey – 59.80Dengan tema muzikal dan bebas di pentas akhir nanti, bagaimanakah agaknya perasaan dan persediaan lima lanun lawak ini?
Dzawin

“Tadi saya fikir betul-betul akan terkeluar tapi alhamdulillah rezeki masih berpihak pada saya. Saya begitu senang dapat mara ke sepauh akhir dan akhir kerana pada awalnya saya jangkakan saya hanya mampu bertahan hingga ke minggu keempat sahaja. Saya tak fikir dan takmkisah tempat pertama, kedua, ketiga, keempat atau kelima kerana dapat masuk final ini sahaja seperti satu hadiah. Menjadi peserta solo pada malam final nanti, saya rasa berbaloi walaupun terpaksa bekorban masa, pekerjaan di Jakarta dan sebagainya. Untuk malam final, saya akan cuba membawa lagu sendiri juga seperti yang saya lakukan pada beberapa minggu yang lalu”. 
Zero

“Kami berasa sangat gembira atas sokongan peminat dan penonton sehingga melayakkan kami ke final MLM 2017. Kami sangat teruja untuk kembali beraksi di peringkat final untuk kali kedua. Persediaan Zero, kami akan bersedia dengan lebih awal sebab final kali ini, semua peserta hebat dan gempak. Semua peserta memberikan persaingan yang sengit jadi kalau tanya jangkaan kami, mestlah kami nak menang. Untuk berada di pentas final juga amat berbaloi. Apa yang kami mahu di final nanti, semua penonton terhibur dengan persembahan seikhlas hati kami dan kami juga enjoy di atas pentas. Sekarang kami masih lagi mencari-cari lagu untuk tema muzikal di pentas akhir”.
Shiro

“Sejujurnya terima kasih kepada semua pengundi yang telah meletakkan kami ke pusingan final. Sebelum diumumkan keputusan kami, kami agak cuak kerana apa-apa sahaja boleh berlaku. Kami sahaja kumpulan yang pernah sampai ke final semua MLM tapi belum pernah jadi juara. Jadi kami mahu memperbaiki apa sahaja kekurangan yang berlaku seperti musim terdahulu. Kalau tahun-tahun lepas, kami tahu kami agak pancit bila di final tapi kami akan cuba sehabis baik tahun ini. Tahun ni peserta-peserta semua hebat dan ini memberikan lebih tekanan. Namun semuanya terpulang pada rezeki masing-masing. Untuk persediaan minggu akhir, pastinya kami akan kekalkan chemistry berdua, cari jalan cerita yang dekat dengan masyarakat serta selitkan nilai moral dalam setiap cerita kami”.
Puteh

“Alhamdulillah kami berjaya melangkah ke final MLM buat kali kedua. Sememangnya tak dijangka akan ke final tapi akhirnya bla umumkan, kami gembira.. Perancangan kami dalam setiap persembahan alhamdulillah menjadi. Persediaan kami ke final, kami akan cuba dapatkan double punchline dan akan bawa elemen kejutan. Kami mahu tampilkan lawak-lawak yang berkesan, yang kelakar dan dapatkan perhatian juri serta seluruh rakyat Malaysia”.
Bocey

“Perasaan kami sebenarnya agak lega apabila dapat ke final. Pada awalnya kami tak yakin lima kumpulan akan ke pentas akhir. Ingatkan ada satu peserta yang akan tersingkir tapi bila diumumkan lima ke final, kami terkejut. Sebab pada kami, persembahan kedua kami agak perlahan jadi bila nama Bocey diumumkan akan ke final, alhamdulillah lega. Strategi untuk kumpulan Bocey di final, kami mahu tampilkan kelainan, lain dari yang pernah kami persembahkan sebelum ini”.
Must-Watch Video