Skip to main content

Market Trends

"Eh Macam Buncit Je?" - Peminat Teka Izreen Azminda Hamil

ude-izreen-hamil.jpg
Video terbaru pelakon Izreen Azminda yang dikongsi oleh suaminya, Ude Wahid menarik perhatian peminat.

Ude berkongsi video 'boomerang' yang merakamkan Izreen sedang bersedia untuk memasak juadah berbuka puasa itu menerusi akaun Instagramnya semalam.
Video yang dikongsi Ude.
Namun apa yang menarik perhatian adalah bentuk perut isteri yang menampakkan perutnya sedikit besar seperti 'baby bump' membuatkan peminatnya teruja.

Rata-rata peminat sudah mula memberikan ucapan tahniah melalui ruangan komen video tersebut.

Bagaimanapun, Izreen dan Ude masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.
Ude sudah membuka kembali ruangan komen.
Izreen sah bergelar isteri Ude pada 8 Ogos 2017 dalam satu majlis perkahwinan tertutup yang berlangsung di Damansara.

Ude mempunyai dua orang cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Areq Muqri, 1, hasil perkahwinan dengan Intan Liana Saleh pada tahun 2013 namun bercerai pada 22 Mac lalu.
 
Manakala Izreen dikurniakan seorang anak, Muhammad Adrian Umar, 4, dengan bekas suaminya, Muhammad Riza Baharuddin pada tahun 2012. Pasangan ini kemudiannya mengambil keputusan untuk bercerai pada Jun 2014.

Must-Watch Video