Skip to main content

Market Trends

“Eh Yeke Muka Saya Macam Hafidz Roshdi?” - Sharul Kamal

sharul-hafidz.jpg
Penyanyi Sharul Kamal akui terkejut apabila wajahnya dikatakan seiras dengan pelakon Hafidz Roshdi.

Kata Sharul dia tidak mengetahui tentang perkara itu sehinggalah peminatnya kerap memberikan komen di Instagram dan Twitter miliknya.
Sharul juga kini sudah menceburi bidang lakonan
“Tak pernah langsung terfikir mengenai perkara itu sehinggakan ada yang panggil saya sebagai Hafidz’.

“Selain Hafidz, mereka juga kata muka saya seperti Akim Ahmad.
Antara komen-komen yang diberikan peminat.
“Tapi kalau itu yang orang nampak saya tak boleh buat apa, tak apalah saya tak kisah,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Dalam pada itu, Sharul memberitahu dia belum pernah bertemu dengan Hafidz.
Selain menyanyi dan berlakon, Sharul juga berminat dalam bidang pengacaraan.
“Walaupun kami berada dalam satu industri tetapi saya masih belum pernah bertemu Hafidz secara depan-depan.

“Saya rasa rasa mungkin selepas ini jika bertemu Hafidz saya mahu merakamkan foto bersamanya, barulah orang boleh nampak sama ada serupa atau tidak,” katanya berseloroh.

Dalam perkembangan lain, Sharul dalam proses mencipta lagu baru dan sibuk dengan lakonan.

Advertisement

Must-Watch Video