KAW
“Elak Gula, Mesti Turun Berat Badan” – Abam Dari 188 kg Menuju 100 kg
Pelawak dan pelakon Abam Bocey memberitahu tidak akan berputus asa dalam misi menurunkan berat badannya sehingga mencapai 100 kilogram (kg).
Abam ketika ditemui di majlis sidang media program Super Spontan Xtravaganza baru-baru ini mendedahkan, berat terkininya ialah 159 kg berbanding 188 kg tiga bulan lalu.
Tambahnya, dia bersyukur berjaya menurunkan berat badan sebanyak 29 kg walaupun berat sasarannya, 100 kg, masih belum tercapai.

“Sudah tiga bulan saya diet dan setakat ini saya berjaya dan bangga kerana berjaya juga turunkan berat badan.
“Sasaran saya ialah memiliki berat badan 100 kg dahulu sebelum turunkan lagi sehingga mencapai berat ideal,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Ketika diminta untuk berkongsi tips menurunkan berat badan, Abam sempat berpesan kepada mereka yang hendak menurunkan berat badan agar tidak ‘tewas’ dengan ‘godaan’.

“Memang banyak ‘godaan’ yang perlu ditempuh, lebih-lebih lagi apabila kita ni memang jenis suka makan. Tapi sebenarnya semua itu oleh diatasi jika kita tetapkan hati dan fokus.
“Oleh itu, jangan putus asa dan teruskan perjuangan dan misi untuk menurunkan berat badan demi kesihatan diri kita sendiri,” ujarnya penuh semangat.
Dalam perkembangan lain, Abam bakal bersaing dalam program Super Spontan Xtravaganza yang bermula 20 Julai ini di Astro Warna.

Nak tahu apa rahsia Abam berjaya turunkan berat badannya? Ini lima tips yang dikongsi kepada Rojak Daily Kaw!:
1. Makan lima kali sehari
- Abam mula sarapan jam 7 pagi dengan memakan tiga biji telur rebus (buang kuning)
- Jam 10 pagi Abam makan ‘snack’ seperti buah epal hijau atau jambu batu
- Waktu makan tengahari bermula jam 12.30 tengahari sehingga 2 petang dan menu Abam ialah segenggam nasi, dada ayam (bakar/rebus) dan sayur (lebihkan). Nak ganti ayam dengan ikan atau lauk bakar/rebus lain pun okay!
- Sekali lagi ‘snack time’ Abam jam 4.30 petang dan makan buah
- Makan malam jam 7 malam, Abam makan salad
- Sekali lagi ‘snack time’ dan makan buah pada waktu ‘supper’, jam 9 malam
2. Minum banyak air (1 liter air untuk 25kg berat)
- Abam minum 3 liter air sehari
3. Disiplin
- Abam patuh pada jurulatih peribadi yang membantu dengan menyediakan plan pemakanan setiap hari dan bersenam dua kali seminggu.
4. Fokus
Dalam seminggu ada sekali cheat-day, makanlah apa sahaja tetapi Abam pesan supaya tidak buat-buat terlajak cheat-day
5. Jauhkan gula, makanan berminyak
- Gula paling penting, kalau dapat jauhkan diri daripada minuman dan makanan manis boleh nampak perbezaan dengan cepat terutama di bahagian muka...Dah tak nampak sembab sangat! - Abam
Oh ya, yang paling penting...Abam pesan supaya timbang berat dahulu sebelum mulakan diet korang!
Must-Watch Video