,
Kaw

Elizabeth Tan Pernah Bercinta Dengan Jejaka Melayu

Aishah Aziz
28/10/2016
05:08 MYT
Si cantik manis Elizabeth Tan ini semakin hari semakin jelita. Sejak mula melibatkan diri secara serius dalam industri hiburan, penyanyi yang bermula sebagai YouTube sensation ini terus mendapat perhatian. Tidak ketinggalan sang jejaka yang mahu mendambakan cinta darinya.
Yalah, masih muda dan berusia 22 tahun, malah pandai pula menyanyi. Hairan juga bila dirinya yang juga dikenali sebagai Lizzy ini mengakui dirinya masih single and available. "Saya selesa solo belum ada yang serius," katanya sambil ketawa.
RojakDaily Kaw! tetap mengorek rahsia cinta amoi cun ini. Rupa-rupanya beliau mengaku pernah bercinta dengan jejaka Melayu.
Elizabeth mudah tertarik dengan jejaka yang suka melawak.
Beliau berkata, semua itu ketika di zaman remajanya. Akui Elizabeth, majoriti teman lelakinya adalah Melayu.
Kata penyanyi Knock-Knock ini, beliau selesa berkawan dengan jejaka Melayu kerana sifat mereka yang pandai buat lawak. "Saya suka sebab mereka pandai berlawak dan suka buat saya ketawa," katanya.
Jangan risau, itu semua kisah dulu. Mungkin ada yang masih berpeluang. Tapi kata Lizzy dirinya lebih mahu menumpukan pada kerjaya seninya. Beliau juga bakal muncul dengan single terbaharu tidak lama lagi dalam Bahasa Inggeris dan Melayu termasuk lagu hasil ciptaanya sendiri. Yes, she is a singer song writer.
Gembira dipilih untuk menyanyikan soundtrack siri baharu di Disney Channel
Paling baharu, Lizzy juga dipilih sebagai penyanyi untuk lagu soundtrack bagi siri animasi Disney berjudul 'Elena of Avalor' untuk chapter Malaysia. Siri itu bakal disiarkan bermula 13 November ini pada jam 11 pagi di saluran Disney Malaysia.
Beliau berkata dirinya sendiri terkejut dan pada masa sama terharu dengan pemilihannya untuk menyanyikan lagu berkenaan. "Saya tidak sangka saya menjadi pilihan mereka. Kadang-kadang saya juga tertanya mengapa mereka pilih saya. Semua ini rezeki," katanya.
Tambah Elizabeth, terkesan dengan watak utama animasi itu yang penyabar turut membuatkan dirinya kini belajar untuk jadi lebih cool dan tidak cepat marah. "Saya memang tidak penyabar, so sekarang saya sedang juga jadi penyabar seperti Elena.
Khabarnya, beliau juga bakal berlakon dalam sebuah filem terbitan Astro Shaw sebagai watak pembantu pada Disember tahun ini.
Rindu untuk memuatnaik nyanyian beliau di Youtube seperti dulu
Beliau juga gembira kerana dirinya semakin diterima peminat seni. Malah Lizzy mengakui rindu untuk memuat naik nyanyiannya di laman YouTube seperti ketika beliau memulakan karier nyanyiannya. "Memang rindu, kadang-kadang memang mahu kongsikan nyanyian saya termasuk lagu yang saya cover di YouTube, cuma masa sangat terhad," katanya.
Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada peminatnya yang sudi hadir pada konsert beliau di Singapura pada bulan lalu. "Terima kasih dengan sambutan yang anda berikan. Saya memang terharu termasuk ada yang datang dari Malaysia semata-mata mahu menonton persembahan saya," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

gempak
07/09/2024
07:22 MYT
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.
Hiburan

Sebar Gambar Tak Senonoh Mingyu, Pekerja Jenama Mewah Ini Digantung Tugas Serta Merta

gempak
04/09/2024
11:55 MYT
Jenama mewah Perancis L'Occitane tampil membuat permohonan maaf selepas seorang pekerjanya membocorkan gambar penyanyi Mingyu yang kurang sesuai baru-baru ini.
Hiburan

Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

gempak
03/09/2024
21:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris menyifatkan penganugerahan gelaran Datuk kepada selebriti adalah rezeki yang ditentukan Allah.
Bollywood

Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini

gempak
02/09/2024
15:51 MYT
Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024.
Hiburan

"Saya Terlalu Sibuk!" - Amir Masdi Tak Sempat Fikir Fasal Cinta, Hanya Fokus Kerja Sahaja

gempak
02/09/2024
06:04 MYT
Penyanyi Amir Masdi menjelaskan bahawa dia tidak memberi fokus kepada mencari pasangan hidup sebaliknya hanya memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengembangkan kerjaya.