UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Kaw

Erra Pernah Rancang Tempah Baju Kahwin

Aishah Aziz 26/08/2016 | 00:36 MYT
Kalau ditanya pada si jelita Erra Fazira mengenai kisah cintanya, wanita ini lebih memilik untuk tidak bercerita panjang. Jawapan standard daripada Erra pastinya mereka berkawan.
Rojak Daily Kaw! sendiri setuju dengan kata-kata Erra, baik dirinya mahupun sang jejaka Shahir tidak pernah membuka mulut. Hakikatnya, sukar untuk menafikan mereka bagai pasangan Romeo dan Juliet yang sedang hangat bercinta.
Seorang sumber ada menghubungi dan memberitahu Erra memang pernah merancang untuk tempah baju kahwin, tetapi hasrat itu ditangguhkan sementara. Mungkin, ada beberapa hal yang perlu diambil kira. Elok juga jangan terburu-buru.
Pada pelancaran minyak wangi jenama bintang filem Sembilu ini, iaitu Forget Me Not dan Loveable, Erra tidak dapat lari daripada menjawab soalan cintanya. Seperti biasa, bekas ratu cantik Malaysia ini enggan bercerita lanjut.
"Tidak ada yang menarik. Kami memang berkawan," katanya.
Ada teman media yang mengusik, katanya Shahir semakin debab. Erra hanya tertawa dan tidak menafikan perkara itu.
"Mana tahu? Saya memang suka lelaki tembam," katanya ketawa.
Nampak excited, tapi Erra memilih untuk tidak terlalu bercerita mengenai perkara itu. Ibu kepada seorang puteri ini meminta peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Mengapa memilih untuk mengeluarkan minyak wangi, Erra berkata dirinya memang sukakan wangian. Dia mengaku kini seperti trend artis mengeluarkan minyak wangi. Tidak salah dia turut mengambil peluang yang sama.
"Rugi kalau saya tidak keluarkan minyak wangi. Sebab saya memang gilakan perfume," katanya.
Disebalik kegembiraan itu, Erra memberitahu dia hampir give up kerana proses mengeluarkan minyak wangi sangat mencabar.
"Saya memang hampir batalkan, nasib ada rakan-rakan yang memberikan kekuatan," katanya.
HOT Perfume dan Lenore menjadi rakan kongsi kepada dua wangian keluaran Erra dengan harga bermula dari RM49.90.
Apapun, pastinya ramai yang menanti kisah cinta Erra yang bagaikan fairy tale ini dan semua mahukan ia berakhir dengan ayat 'they live happily ever after.' Moga penyanyi yang popular dengan lagu Yang Terindah Hanya Sementara ini menemui kebahagiaan abadi selepas dua perkahwinan sebelum ini tidak menjadi.
#Selebriti #Selebriti
;