Kaw

EXO Bakal Kembali Ke Malaysia, Peminat Muzik Kpop Sudah Bersedia?

Azwa Rahman
13/01/2017
04:41 MYT
Fenomena Kpop kembali melanda apabila salah satu gergasi muzik Kpop, EXO bakal kembali ke Malaysia untuk konsert mereka. Konsert yang diadakan pada 18 Mac ini di Stadium Merdeka jam 8 malam. Tiket konsert pula akan mula dijual bermula 14 Januari.
Dari beberapa tinjuan yang kami buat, ramai peminat menunggu saatnya tiket konsert mula dijual dan kami yakin, ia akan habis sepantas kilat. Harga tiket yang boleh mencecah ratusan ringgit itu bukan halangan asalkan mereka dapat melihat artis kesayangan mereka dari jarak dekat dan bergambar. Isu Kpop ini sudah lama dibahaskan dahulu namun ia nampaknya semakin meluas.
Muzik Kpop sentiasa segar dan tidak pernah hilang seperti muzik Bollywood dan Indonesia yang dilihat bermusim. Tidak hanya muzik, Kpop turut menyerang peminat Malaysia menerusi drama magis mereka. Hadir dalam pakej yang lengkap, artis-artis Kpop ini memikat hati peminat dengan paras rupa, tarian dan juga fesyen mereka. Jangan salahkan mereka yang meminati muzik Kpop, citarasa manusia kan berbeza-beza.
Sudahkan anda bersedia berhadapan dengan fenomena EXO ini? Kami sempat bertanyakan soalan kepada lima peminat fanatik muzik Kpop, sejauh mana kesanggupan dan pengorbanan mereka terhadap muzik yang dicintai ini.
Athirah Nooy, 28
Minat saya dalam muzik Kpop sebenarnya bermula dari drama Korea. First drama saya tengok adalah Autumn In My Heart. Masa tu kat kolej. Dapat pula roommate yang kaki Kpop, terus saya terjebak sekali. Dia selalu pasang lagu-lagu Kpop dan obses dengan apa sahaja berkaitan dengan Kpop. Rupanya, dalam keluarga bukan saya sahaja yang minat Kpop, adik saya pun sekali. Kesanggupan saya dalam muzik Kpop ni sampai sanggup belajar bahasa Korea untuk nak bagi faham. Ada beberapa ayat yang kita boleh belajar sendiri menerusi percakapan diorang dalam drama seperti debaak, hwaiting, ageyo, oppa banyak lagi. Bila dah suka layan drama Korea, boleh la faham sikit-sikit apa diorang cakap. Tahun lepas juga saya kumpul duit untuk travel ke Korea.
Dua kali saya dah menjejakkan kaki ke Korea dan akan pergi kali ketiga, kali ni khas nak ke Jeju dan Busan. Bila dah minat, saya sanggup laburkan demi Kpop. Minat punya pasal, saya pre-order semua album EXO dari Korea semata-mata nak kumpul semua album kumpulan itu. Kualiti album yang cantik dan tahan lama, lengkap dengan lookbook (buku lirik dengan gambar) cukup berbaloi. Playlist dalam phone semua lagu Kpop, wallpaper phone dan laptop, semua pasal Korea. Minat EXO ni pun bermula dari adik la. Dah minat, saya register Fan Club EXO (EXO-L) sampai download aplikasi fan EXO-L untuk dapatkan update terkini diorang.
Gambar: dkpop news
Konsert EXO kali ni, memang saya nak pergi walaupun dah pergi masa tahun 2015. Rasa bila tengok live tu lain macam. Konsert 2017 ni, saya siap order light stick (kebanyakan group kpop Korea akan keluarkan light stick sendiri sebagi simbol group) baru sebab nak bawa pergi konsert nanti. Pengalam paling best Disember 2016, saya dapat jumpa pelakon Korea, Park Bo Gum bersempena Park Bo Gum Tour In Malaysia. Buat dekat PWTC, ramai perempuan datang sebab nak jumpa Park Bo Gum depan-depan. Lagi best, bila last event, pelakon tu tunggu depan pintu sebab nak cakap goodbye kat peminat. Masa tu lupa diri lah, melambai macam orang gila dan mata tak berkeliplah tengok betapa hensem dan flawless kulit dia. Dapat lambai je lah nak pegang tak boleh bodyguard kiri kanan. Bibi Nurshuhada, 30
Jatuh cinta tercetus bila fenomena Jpop. Tapi bila ada kawan perkenalkan muzik Kpop, terus suka. Saya juga bekerja sebagai wartawan, tahun 2011 ada diarahkan untuk buat liputan konsert kumpulan Beast, jadi saya pun pergi dan dari situlah mulanya minat tegar pada muzik Kpop. Dari dulu suka minat Jpop, beralih ke Kpop, tengok Variety Show, pergi konsert, layan drama Korea, memang boleh faham sikit-sikit apa diorang cakap. Tapi tetap kena ada subtitle kat drama tu kalau tak, ternganga jugak. Tahun 2015 masa saya ke Korea, saya ada kawan yang merupakan seorang blogger Kpop, dia dapat undangan dari pengurus artis Korea tersebut untuk terbang ke Seoul, menghadiri sidang media dan sekaligus cover konsert tersebut. Kalau wartawan Malaysia, memang jarang dapat undangan macam tu. Jadi saya bersama dengan teman ni dapat pergi ke konsert dan juga sidang media secara percuma. Cuma tiket penerbangan dan hotel je kami bayar. Banyak duit yang kami laburkan, akhirnya dapat la jumpa artis-artis Korea ni.
Tapi paling gila saya pernah buat, pertama kami saya ke Seoul, saya dan teman-teman pergi ke salah sebuah bangunan pengurusan artis-artis Korea dimana disitu tempat diorang berlatih nyanyian, tarian dan sebagainya. Jadi kami ramai-ramai tunggu luar bangunan tu kalau-kalau ada artis yang keluar masuk bangunan. Tunggu punya tunggu, tak jumpa sesiapa pun. Saya juga pernah meminta seorang teman yang ke Korea untuk membeli koleksi album sebuah kumpulan Kpop wanita yang harganya mencecah ribuan ringgit. Selain itu, sebenarnya saya ni cukup bertuah untuk bekerja sebagai wartawan di sebuah akhbar bahasa Inggeris terkemuka negara. Jadi, saya ada banyak peluang untuk menemuramah artis-artis kegemaran saya. Contohnya masa kumpulan EXO datang ke Malaysia tahun 2013, ahli asal kumpulan tersebut 12 orang dan saya dapat temuramah kesemua 12 ahli kumpulan EXO. Sekarang dah jadi sembilan orang. Pengalaman dapat interview ahli asal seramai12 orang itu, amat berharga pada saya. Artis Kpop kegemaran saya terkini adalah BTS, Exo dan BlackPink.
Gambar: dkpop news
Diandra Rosly, 24
Kawan-kawanlah yang mula-mula kenalkan saya dengan muzik Kpop. Pada saya, walaupun kita tak faham Bahasa mereka, jika dialih lirik-lirik itu ke bahasa Inggeris, ia mempunyai maksud yang mendalam. Bagi menunjukkan minat yang mendalam terhadap muzik Kpop, saya pernah mengundi kumpulan kegemaran saya untuk menang anugerah. Tapi, atas sebab satu undi sahaja dibenarkan untuk satu akaun Facebook, saya buat lima akaun Facebook untuk nak mengundi mereka. Saya ada juga menyertai kelab peminat, membeli cenderahati dan album mereka. Kumpulan kegemaran saya? Semestinya SNSD (Girls Generation). Pernah saya melihat mereka secara langsung di Kuala lumpur tiga tahun lepas.
Gambar: Chasing Sky
Myra Ariffin, 29
Bermula dengan lagu Sorry dari Super Junior, saya mula meminati muzik Kpop. Lepas tengok Variety Show mereka, lagi bertambah suka. Dari situlah saya terus minat group lain macam FT Island, CNBlue, Infinite dan sebagainya. Pada saya, walaupun lagu-lagu mereka dalam Bahasa mereka yang kita tak faham, rentak lagu mereka berbeza. Boleh lihat dari setiap kumpulan ni, betapa mereka komited terhadap nyanyian dan tarian yang hebat. Kalau tak percaya, boleh dengar lagu BAP, Skydive atau EXO, Monster. Sepanjang minat saya ni, saya dah pergi ke konsert BIGBANG MADE di Stadium Putra Bukit Jalil. Ada sekali masa saya kembara ke Korea tahun lepas, saya bertemu dengan Sungjae BTOB masa berjalan-jalan di Seoul. Namun minat saya sekarang lebih terarah pada kumpulan B.A.P.
Gambar: Mnews
Bella Zie, 23
Saya masih ingat saat pertama cinta terhadap muzik Kpop timbul. Waktu tu saya masih di tingkatan lima, saya menonton Korean Music Festival (KMF) 2008, tengok persembahan Super Junior lagu U. Lepas habis rancangan tu, saya google lagu tersebut. Lepas tu saya mula tengok channel MTV untuk K-Hits, Kumpulan Beast dengan lagu Beautiful, terus jatuh suka. Saya tiada sebarang isu bahasa sebab saya memang suka belajar bahasa asing. Actually, belajar bahasa Korea lagi mudah dari bahasa Mandarin. Apa yang saya sanggup lakukan, saya laburkan duit untuk beli album, cenderahati dan paling best, barang kosmetik. Pengalaman paling best setakat ni bila saya ke konsert EXO, The EXOluxion di Dataran Merdeka. Dapat tengok mereka membuat persembahan, memang cukup teruja. Namie, 28
Mula meminati dunia Kpop sedari tahun 2007, saya mula mencari filem Korea untuk ditonton. Kebetulan saya terjumpa filem Attack on Pin Up Boys, memang kelakar dan best gila. Gigih cari siapa pelakon dia, rupanya mereka dari kumpulan Super Junior. Dari situlah saya mula suka kumpulan Kpop. Selain daripada personaliti mereka, kita boleh nampak betapa mereka komited dalam melakukan sesuatu. Tak kisah dari nyanyian, tarian atau siri jelajah album. Artis-artis Kpop juga perlu mencapai beberapa standard dan diberi latihan sebelum boleh bergelar artis. Pengurusan peminat juga efisien dan mereka tahu bagaimana menambat hati peminat yang menyokong mereka. Pada saya, tiada masalah langsung dengan bahasa kerana muzik itu sendiri cirinya meluas. Tapi, saya pun taknak lah dengar lagu tanpa faham liriknya jadi saya belajar bahasa Korea dan hangul (penulisan Korea). Sekarang segala informasi sangat mudah didapati secara online.
Pada saya, lirik mereka sangat unik. Sangat berbeza dengan lirik mendayu-dayu lagu Melayu. Artis kegemaran saya semestinya BANGTAN SONYEONDAN aka BTS aka Bulletproof Boys!!! Pernah merasai beberapa pengalaman yang best, saya pernah dua kali terbang ke Korea semata-mata untuk menonton konsert Korea dan akan terbang lagi Februari ini. Beli setiap album mereka, cenderamata, beratur 4-5 jam untuk masuk konsert, itu perkara biasa pada saya. Saya bangga menjadi salah seorang peminat muzik Kpop. Muzik Kpop itu sendiri didengari oleh segenap lapisan masyarakat dan dimana sahaja. Saya sendiri mempunyai kawan (ARMY) dari serata dunia dan berkongsi citarasa yang sama.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Desak Jatuhkan ‘Hukum' Buat Jennie Blackpink Kerana Hisap Vape

gempak
09/07/2024
08:00 MYT
Nama bintang K-pop, Jennie Blackpink menjadi perbualan hangat di Platform X susulan tersebar sepotong video menunjukkan bintang itu menghisap vape di dalam bangunan.
Hiburan

Pameran 7 Kumpulan K-pop Singgah Di KL! Ada BTS, Enhypen, Le Sserafim & Ramai Lagi

gempak
08/06/2024
14:43 MYT
Pameran yang dinanti-nantikan peminat K-pop, The Daydream Believers yang menampilkan potret dan perjalanan seni kumpulan ternama Korea Selatan termasuk BTS, Tomorrow X Together, Enhypen, Le Sserafim, Fromis_9 dan &Team bakal berlangsung di Malaysia tidak lama lagi.
Hiburan

Dokumentari Burning Sun Dedah Fakta ‘Red Room’, Pengunjung Wanita Diberi Dadah, Diperkosa

gempak
24/05/2024
14:55 MYT
Filem dokumentari Burnin Sun: Exposing the Secret Kpop Chart Groups yang disiarkan sejak 19 Mei lalu di BBC telah menyalurkan fakta yang tidak pernah diungkapkan sekaligus memberi banyak kejutan kepada masyarakat.
Hiburan

Lisa Blackpink Beli Rumah ‘Tersorok’ Di Beverly Hills, Harga RM19 Juta

gempak
17/04/2024
22:35 MYT
Beverly Hills diketahui menjadi pilihan banyak selebriti terkenal Hollywood dan Lisa didakwa membeli mahligai di sebuah kawasan tersorok.
Hiburan

Sekolah Menengah K-Pop Dibuka Di Busan Pada 2028!

gempak
08/01/2024
05:28 MYT
Sekolah itu bakal menyediakan pelajaran mengenai vokal, tarian dan instrumen serta kesenian lain.