KAW
Ezlynn Fail Cerai
Desas desus pergolakan rumah tangga penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn yang selama ini terus menjadi tanda tanya akhirnya terjawab. Jika selama ini, Ezlynn dilihat cuba menyembunyikan keretakan rumah tangga yang dibinanya bersama bekas pengurus beliau, Adam Fahmy sejak 20 November 2011.
Khabar angin mengenai keretakan mahligai pasangan terbabit mula diperkatakan sejak beberapa bulan lalu apabila Ezlynn sering dilihat tampil sendirian tanpa suaminya itu. Lebih menimbulkan tanda-tanya apabila pasangan terbabit dilihat sudah jarang memuat naik gambar mereka bersama ke laman sosial, sejak akhir-akhir ini.

Rojak Daily Kaw! mendapat tahu Ezylnn sudah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Permohonan cerai difailkan Ezlynn atau nama sebenarnya, Azline Ariffin, 36, mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.
Hakim Syarie Mohamed Hizwan Mohamed Nor, dalam sebutan kes itu hari ini, memerintahkan penyanyi itu bersama suaminya, Adam Fahmy Shamsuddin, menghadiri sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) berikutan Adam Fahmy tidak bersetuju untuk meneruskan perceraian secara baik itu.

Ezlynn bertindak sebagai plaintif melantik kakak kandungnya, manakala Adam Fahmy, 38, selaku defendan melantik adik kandungnya, masing-masing sebagai wakil JKP.
Ezlynn hari ini hadir bersama peguam syarie Izyan Hazwani Ahmad, manakala suaminya tidak diwakili peguam.
Mahkamah seterusnya menetapkan 11 Julai depan untuk sebutan kes bagi mendengar laporan JKP.
Usaha Rojak Daily Kaw! menghubungi Ezlynn untuk bertanyakan lebih lanjut hal ini gagal.
Must-Watch Video