Penyanyi Tajul akui bersyukur kerana teman wanitanya, Nurul Syamieza Eddie yang dikenali sejak sekolah rendah itu merupakan seorang yang sangat memahami.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari, 20, berkata teman wanitanya itu bukanlah seorang kaki kontrol.

“Saya sudah berpunya, kami berkenalan sejak darjah enam menerusi laman sosial Facebook.
Tajul sudah berpunya.
“Dia faham kerjaya saya sebagai seorang penyanyi dan dia juga bukan seorang wanita yang ‘queen control’,” katanya.

Kata Tajul, walaupun sering digosipkan dengan rakan seperjuangan, Wany Hasrita namun dia tidak mengambil serius mengenai perkara tersebut.

“Saya kenal teman wanita saya dah lama dan walaupun sering digosipkan dengan Wany tetapi saya relax sahaja dan tolak tepi gosip-gosip itu.
Sering digosipkan dengan Wany Hasrita.
“Saya anggap itu kerja, biasalah gosip-gosip begini timbul bila orang nampak kami sering berduet dan mereka membuat tanggapan sendiri.

“Sudah nama pun rakan sekerja mestilah kelihatan mesra, takkan lah kita nak sombong dengan rakan sendiri pula. Fikiran netizen begitulah walhal kami hanya kawan biasa,” jelasnya.

Tajul berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media program Big Stage, di Timbre @ The Row, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Status isteri hanya gurauan.
Mengulas mengenai hubungan cintanya, adik kepada arwah Achik Spin itu memberitahu belum ada perancangan bernikah dalam waktu terdekat.

“Merancang untuk ke langkah seterusnya itu saya belum fikir lagi. Masih mencari waktu yang sesuai.

“Kalau boleh biarlah saya berikan fokus sepenuhnya terhadap kerja terlebih dahulu,” ujarnya.
Mahu fokus kerjaya sebelum kahwin.
Terdahulu, nama Tajul menjadi tumpuan netizen selepas satu video menyaksikan dia membeli pakaian hari raya dengan mendakwa wanita di sebelah merupakan isterinya menjadi viral.

Tajul bagaimanapun menyifatkan tindakannya memperkenalkan wanita tersebut sebagai isteri hanya satu gurauan.

“Saya hanya bergurau dan tak sangka pula video itu menjadi viral. Saya anggap itu perkara biasa sahaja,” katanya.
Merupakan salah seorang bintang Big Stage.
Dalam perkembangan lain, Tajuk terlibat dengan program Big Stage yang merupakan sebuah pertandingan nyanyian terbaru berkonsepkan realiti.

Big Stage menampilkan barisan bakat muda yang kini popular dengan jolokan Budak Baru Nak Up (BBNU) dalam kalangan penggiat industri hiburan tempatan.

Selain Tajul, Big Stage turut disertai oleh Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Ariff Bahran, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel, Sarah Suhairi, Sissy Iman dan Wani Kayrie.
Janji berikan yang terbaik.
Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh Tik Tok ini akan mula ditayangkan mulai 5 Ogos 2018, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria(104) dan Ria HD (123).

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini.