Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Faizal Tahir Buka Baju Lagi Untuk Kulit Album Terbaru

Azwa Rahman
25/10/2016 07:20 MYT
Bagi sesiapa yang follow Faizal Tahir di laman sosial, pasti sedar bahawa penyanyi ini bakal melancarkan album terbaharunya, Anatomi yang akan dilancarkan secara digital pada 4 November 2016 ini.
Album yang mengandungi 10 buah lagu ini turut memuatkan lagu-lagu popularnya sebelum ini iaitu Setia, Assalamualaikum, Sayang, Sejati dan juga beberapa kolaborasinya bersama Datuk Siti Nurhaliza, Joe Flizzow, SonaOne dan Altimet. 

Paling menarik perhatian kami adalah kulit album tersebut. Siap ada tulisan You’ll Never Walk Alone di depan kulit album tersebut. Dengan hanya berseluar, imej Faizal Tahir berdiri gagah berkepak itu turut mengundang reaksi netizen di Twitter. Bagi yang tidak memahami konsep kulit album ini, ini maksudnya.



Rata-rata netizen memuji kulit album tersebut lain dari yang lain dan terbaik namun ada juga yang memberikan komen yang negatif. Kami pasti apa sahaja yang ingin Faizal Tahir sampaikan, semestinya mesej yang positif dan baik untuk kita terapkan dalam kehidupan seharian. Tidak pernah mengecewakan peminatnya, sama-sama kita nantikan album terbaharu dari Faizal Tahir, Anatomi, 4 November ini.

 
#Album #Album