Skip to main content

Market Trends

Fazura Sedih, Terkesan Nasib Umat Islam Di Amerika Syarikat

fazura2_1.jpg
Kelibat Fazura bersama rakannya yang juga seorang deejay, Randy Seidman di Times Square, New York baru-baru ini menarik perhatian khalayak apabila reaksi spontan mereka dirakam sebelum dimuat naik di YouTube.

Merujuk video berjudul Donate Money To Help Ban Muslims!! (Social Experiment) yang dimuat naik pada 13 Januari lalu, Seidman bertindak mempertahankan persepsi masyarakat umum terhadap Muslim termasuk Fazura yang ketika itu bersamanya. Lelaki itu kelihatan marah pada dua lelaki lain yang terbabit dalam membuat rakaman ini yang meminta orang awam menderma sebagai menyokong tindakan Amerika Syarikat (AS) melarang golongan Muslim masuk ke negara itu.

Bagaimanapun, Fazura tidak memberikan sebarang komen dalam rakaman video itu yang ditonton lebih 400,000 pengguna YouTube. Fazura ketika ditemui pada sidang media Universal Music X Fazura di Kuala Lumpur baru-baru ini mengakui dia adalah individu dalam video tersebut.



Ujarnya, dia berasa sangat sedih terhadap nasib masyarakat Islam di AS selepas arahan eksekutif dikeluarkan Presiden AS, Donald Trump yang mengharamkan visa dan kemasukan umat Islam dari tujuh negara iaitu Iraq, Syria, Iran, Sudan, Libya, Somalia dan Yaman.

"Saya berasa sangat sedih dengan apa yang berlaku. Walaupun saya tidak banyak 'post' (muat naik di media sosial) pasal perkara ini tetapi saya sangat terkesan dan sedih kerana ramai umat Islam yang dilarang masuk ke Amerika Syarikat.

"Seperti kita tahu, kebanyakan mereka bekerja dan mempunyai banyak keluarga di sana. Jadi, apa yang boleh kita buat adalah berdoa dan berjuang untuk nasib umat Islam di sana," katanya yang kini muncul dengan single, "Nothing Like Pag Ibig" bersama Jason Dy.

Must-Watch Video