Jika sebelum ini anda pernah mendengar nama mereka di radio dan TV, kini Faizal Ismail (FBI) dan Fara Fauzana kembali bergabung secara langsung di Facebook dan Instagram menerusi DBILIQUE, sebuah program baru yang menggantikan FBI Live.

Mula bersiaran secara digital pada 19 Julai 2017, kedua-dua personaliti radio ini akan ditemani dengan tiga lagi bakat muka seperti Faiz Dickie, Faez Haiqal dan Ustaz Aiz bagi memantapkan lagi prgoram DBILIQUE yang akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 4 petang dan 9 malam.

Advertisement
Bagi Fara Fauzana, FBI Live sebelum ini memberikannya peluang untuk bergabung dengan FBI. Kini dengan penjenamaan semula menjadi DBILIQUE, kandungan yang disampaikan bercorak santai, menghiburkan dan menarik.
SEGMEN DBILIQUE
1. FAFAU DAN FBI DBILIQUE
Masa: Hari minggu, 3 - 4 petang
Hos: FBI dan FAFAU
Gabungan dua ikon radio dan TV, FBI dan Fafau selama satu jam pasti memberikan perkongsian yang cukup bermanfaat.
2. MASAKLAH AKU
Masa: Khamis, 4 petang
Hos: Fafau
Pandai ke Fafau masak? Jom belajar memasak dalam cabaran memasak 30 minit.
3. RAKAN BIZ
Masa: Isnin dan Jumaat, 4 petang
Hos: FBI dan Fafau
Segmen untuk mereka yang menjalankan bisnes mempromosikan produk masing-masing dengan gaya dan cara BDILIQUE
4. ARTIS MASUK BILIK
Masa: Rabu, 9 malam
Hos: FBI dan Fafau
Apa jadi bila selebriti kesayangan anda masuk perangkap, disoal siasat dan dikunci sehingga ada pengakuan dibuat? Artis popular pula tu!
5. DBILIQUE ADA KAK LEHA
Masa: Isnin, 9 malam
Hos: Faiz Dickie
Tak boleh disangkal lagi, Kak Leha memang luar biasa. Kak Leha akan bawa apa sahaja yang luas biasa untuk berbincang dengan anda.
6. ABE JAMBU MEMUTIK DBILIQUE
Masa: Selasa, 9 malam
Hos: Faiz Haiqal
Tonton celoteh Faiz Haiqal dengan pelbagai pengisian, update semasa dan viral.
7. CURLASS USTAZ AIZ
Masa: Khamis, 9 malam
Hos: Ustaz Aiz
Anda boleh tanya apa jua soalan dan keraguan berkaitan ilmu agama. Ustaz Aiz boleh beri pencerahan dalam segala aspek kehidupan kita.