Masih ingat lagi tragedi yang berlaku di Sabah pada June 2015? Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Ritcher melanda kawasan sekitar barat daya ranau.

Gempa pada kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai sekitar kawasan Ranau, Tambunan, serta Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud. Dengan kekuatan magnitud 6.0 itu, ia merupakan gegaran gempa bumi terkuat pernah melanda Malaysia sejak 1976.

Antara yang terkesan tentunya mercu tanda negeri Sabah iaitu Gunung Kinabalu.

Untuk pengetahua anda, Puncak Donkey Ears Peak adalah salah satu puncak tertinggi di Gunung Kinabalu selain puncak tertinggi iaitu Low's Peak (4095.2 meter) dan St. John Peak (4090.7 meter).

Twitter
Bagaimanapun ekoran gempa bumi terbabit Donkey Ears Peak dilaporkan patah sekaligus mengubah salah satu mercu tanda gunung kebangaan rakyat Sabah

Malah ketika kejadian, nasib beberapa pendaki di puncak masih 'tergantung' hingga memaksa pihak berkuasa termasuk malim gunung dalam usaha mencari dan menyelamat.

Sebenarnya jika dikira semua ini, memang banyak cerita mengenai tragedi gempa bumi ini, sampai terdetik why not kisah ini difilemkan.

Berita baik buat anda, kisah ini sememangnya telah difilemkan dan hanya menunggu masa untuk ditayangkan pada September ini.

Pendaki terpaksa diturunkan selepas kejadian berkenaan.
Seperti yang dijangka, filem Tangisan Akinabalu ini mengisahkan keadaan tragis berkenaan dan pengalaman ngeri yang dialami mangsa serta pengorbanan dibuat oleh malim gunung.

Filem ini dilakokan pelakon seperti Yuri Mejal, Syaiful, Phanthegerow atau lebih dikenali sebagai 'Selena Gomez Sabah' serta beberapa lagi pelakon lain. Jika anda tertanya-tanya siapakah Selena Gomez ini, anda boleh lihat di sini, Siapakah Gadis Mirip Selena Gomez Ini?

Jangan keliru, ini lah pelakon kelahiran Sabah.
Filem diarahkan oleh Jurey Latiff Rosli akan ditayangkan 27 September 2018!