Bintang Super Spontan Xtravaganza, Tauke (Jambu), menegaskan tidak adil menyalahkan pemain baru sekiranya persembahan dalam permainan hambar setiap minggu.
Tauke berkata, pemain baru perlu diberi banyak pendedahan bukan diperlekeh atau dipandang rendah orang bintang senior Super Spontan.

“Super Spontan ni nampak macam simple...tapi sebenarnya permainannya serius. Maksud serius itu ialah, pemain kena cekap dan pantas berfikir.
“Dan sebenarnya Super Spontan itu permainannya sendiri dah kelakar, cuma akan menjadi lebih happening kalau ditambah dengan idea-idea yang lagi gila,” katanya.

Tambah Tauke, ia adalah normal sekiranya penonton membandingkan pemain baru dan lama di pentas Super Spontan.
“Kami dulu pun dibandingkan juga dengan pelawak senior ketika mula-mula menyertai Super Spontan. Rasa cuak itu, hanya tuhan sahaja yang tahu.

“Sebagai pemain baru ketika itu, apa yang kami lakukan ialah kami belajar cara permainan yang betul dan sekarang ini jika ada yang kata kami bagus, itu adalah hasil daripada pengalaman terdahulu.
“Lagi pula, sekarang ini banyak permainan baru...Kami yang lama ni pun belum dapat chemistry dengan permainan tersebut. Sebab itu kadang-kadang tersekat juga otak ni,” katanya ketawa.

Dalam pada itu menurut Tauke, tidak susah bermain di pentas Super Spontan sekiranya rajin berlatih.
“Sebenarnya kita kena selalu berlatih dengan mengajak kawan-kawan atau ahli keluarga bermain bersama. Tak kiralah di rumah atau di mana-mana sebab dari situ skill kita akan diasah secara semulajadi.
“Saya selalu juga rakam aksi sendiri yang saya rasa lawak dan kongsikan di Instagram. Tak ada salahnya sebab kalau pengikut tegur lagi bagus kerana boleh perbaiki level spontan kita,” ujarnya positif.

Memasuki minggu kelima Jumaat ini, Super Spontan Xtravaganza menyaksikan kumpulan Lobster Leleh bakal berentap dengan hanya lima pemain.
Manakala kumpulan diwakili Tauke, Sotong Kangkung pula masih kuat dengan tujuh orang pemain. Namun, mampukah Sotong Kangkung mengekalkan permainan agresif seperti minggu lalu?
Sama-sama kita saksikan Siaran Langsung Super Spontan Xtravaganza Jumaat ini, pukul 9.15 malam yang dibawakan secara langsung dari Panggung Percubaan, UPM, Serdang di saluran Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).