Pelakon Mia Ahmad berharap zuriat merupakan hadiah hari jadi terbaik untuk suaminya, penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) Izham Tarmizi.
Menerusi entri di Instagram miliknya, Mia berkongsi sekeping foto ultrasound merakamkan imbasan fizikal anaknya yang semakin membesar.

“Hope it’s not too late to wish you a happy birthday @izhamtarmizi24 ! Semoga menjadi ketua keluarga yang boleh membimbing kami! We love you! - mommy & baby #babysgenderscantoday #birthdaypressiefordaddy,” tulisnya semalam.

Entri tersebut mendapat lebih 40,000 like dan ruangan komen juga dihujani dengan ucapan tahniah daripada pengikutnya.

Selain ucapan, mereka juga turut mendoakan agar segala urusan Mia dipermudahkan sehingga dia bersalin nanti.
Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.