Kalau musim pertama, 3 Gadis Manis diterajui Ayda Jebat, Mira Filzah dan Christina Suzanne, musim baru ini Gempak membuka peluang kepada dua pelakon baharu, Yaya Zahir dan Dee Alhadi. Yaya Zahir sememangnya sudah dikenali sebagai pengacara di hlive, manakala jika anda masih ingat, Dee Alhadi pula cukup popular melalui iklan ‘Dugaan Hari Raya Aida’ yang viral tahun lalu.

Yaya Zahir, Hannah Delisha dan Dee Alhadi.

Keistimewaan 3 Gadis Manis adalah seperti sebuah filem pendek yang ditayangkan dalam bentuk episod. Ada tujuh buah episod kesemuanya yang sungguh mudah untuk ditonton kerana ianya akan disiarkan secara eksklusif di platform digital, www.3gadismanis.com.my dan aplikasi Gempak. Sangat mudah untuk anda menonton di mana sahaja melalui telefon pintar, gajet mahupun di laptop.

Turut dibantu Fahad Iman dan Aedy Ashraf.

Kalau musim pertama 3 Gadis Manis turut dibantu oleh Alvin Chong dan Dottie, 3 Gadis Manis musim kedua pula menampilkan dua pelakon lelaki yang sedang meningkat naik iaitu Aedy Ashraf dan Fahad Iman. Karya digital ini adalah terbitan Gempak dengan kerjasama Wayang Works Sdn Bhd, dan diarahkan oleh Junad M. Nor serta Nadirah Zakariya selaku pengarah Bersama.

Komedi romantik yang menghiburkan.

Drama mini 3 Gadis Manis musim kedua ini mengisahkan persahabatan tiga gadis iaitu Jo, Nina dan Mar yang terjalin sejak tinggal Bersama. Walaupun mempunyai latar belakang berbeza, mereka tetap menyokong dan membantu antara satu sama lain dalam apa jua keadaan.

Ditaja oleh Nivea.

3 Gadis Manis akan mula bersiaran pada 9 April ini. Jangan lupa ke platfrom digital www.3gadismanis.com.my dan di aplikasi Gempak. Masih belum ada aplikasi Gempak? Muat turun di App Store dan Google Play Store sekarang.