Masihkah anda ingat dengan watak hantu perempuan bernama Kayako dalam filem The Grundge: Ju-On? Kayako bersama anaknya Toshio telah membuka laman Instagram untuk berkongsi aktiviti harian mereka. Siapa sangka hantu anak beranak yang mampu membunuh di siang hari, merangkak di bawah meja dengan mengeluarkan bunyi-bunyian menakutkan ini turut menjalani kehidupan seperti manusia normal. Anda boleh follow Instagram @kayakowithtoshio untuk mengenali sisi lain mereka yang menghiburkan.

Antaranya gambar Toshio yang telah lewat untuk ke sekolah tetapi dipaksa makan sekeping roti untuk sarapan.

あ゛あ゛あ゛あ゛あ゛(新学期早々…) #遅刻常習犯 #あ゛あ゛あ゛あ゛あ゛ #ニャー #さだかや

A photo posted by 伽椰子と俊雄のほのぼの親子日記 (@kayakowithtoshio) on

Begitu juga dengan gambar Kayako memaksa Toshio makan menu berkhasiat.

あ゛あ゛あ゛あ゛あ゛(にんじんきらい) #あ゛あ゛あ゛あ゛あ゛ #ニャー #さだかや

A photo posted by 伽椰子と俊雄のほのぼの親子日記 (@kayakowithtoshio) on

Gambar ini memperlihatkan kedua anak beranak ini menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti riadah di taman permainan.

あ゛あ゛あ゛あ゛あ゛ (インスタ始めました♥) #あ゛あ゛あ゛あ゛あ゛ #ニャー #さだかや #世紀の対決 #決戦は6月18日 #負けないぞ♥ #公園 #ブランコ #楽しいな

A photo posted by 伽椰子と俊雄のほのぼの親子日記 (@kayakowithtoshio) on

Akaun ini dihasilkan bagi mempromosikan filem The Ring vs The Grudge yang menyaksikan pertemuan antara Kayako dengan Sadako, hantu dari filem The Ring. Siapakah yang anda rasa akan menang dalam pertarungan? Saksikan video promosi filem terbaru ini yang sungguh menyeramkan.