KAW
Hantu Kak Limah Pecah Rekod Panggung! – Kutip RM1.8 Juta Hari Pertama Tayangan
Filem Hantu Kak Limah terus menunjukkan taringnya apabila mencatat kutipan RM1.8 juta selepas hari pertama ditayangkan kepada umum semalam.
Kutipan tersebut sekaligus merekodkan HKL sebagai filem yang menerima kutipan tertinggi di hari pembukaan.
Malah Hantu Kak Limah juga berjaya melakar rekod tersendiri sebagai filem tempatan pertama yang menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650 ribu di hari pembukaan “sneak preview” pada 8 Ogos.

Filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold ini boleh ditonton di 133 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei manakala di Singapura bermula hujung minggu ini.
Filem francais komedi seram yang diarahkan oleh Mamat Khalid ini menampilkan Dato’ Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Dato’ Seri Vida.
Must-Watch Video