Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Harith Iskander Mahu Sokongan Peminat Wakili Negara

Elrafaei Sapi
08/09/2016 04:13 MYT
Pelakon dan pelawak pentas popular, Harith Iskander dicalonkan untuk menyertai satu pertandingan komedi pentas antarabangsa, Funniest Person In The World anjuran Laugh Factory.

Harith yang kini popular menerusi program bual bicaranya, Obviously Harith Iskander, akan mewakili negara ke pertandingan itu bersama seorang lagi peserta tempatan, Dr Jason Leong. Dia sebelum ini dijemput satu syarikat komedi pentas di Amerika Syarikat, Life Factory menghantarkan video persembahannya untuk menyertai pertandingan tersebut.

Tambahnya, untuk melepasi pusingan pertama dia memerlukan sokongan peminat untuk mengundinya di atas talian agar dia layak bertanding. Undian ini dibuka dari 1 September lalu sehingga 1 Oktober nanti. Seramai 20 pelawak yang mendapat undian tertinggi akan mara ke peringkat separuh akhir yang akan diadakan di Helsinki, Finland pada 4 sehingga 5 Disember depan.

"Peserta ini akan membuat persembahan secara langsung di sana dan hanya lima peserta akan bersaing ke pusingan akhir berdasarkan markah yang diberikan juri profesional. Peserta akhir ini juga mengharapkan undian atas talian dan undian tertinggi akan bergelar juara," katanya kepada New Straits Times.

Katanya, juara akan menerima hadiah lumayan berupa wang tunai AS$100,000 (RM405,654) dan pakej jelajah komedi pentas ke Amerika Syarikat. Mereka yang mahu mengundi Harith boleh melayari http://bit.ly/VoteForHarith
#Selebriti #Selebriti