Sepanjang sembilan tahun mengenali bakal suami, Mustain Adnan, 36, artis yang digilap bakatnya daripada Akademi Fantasia musim kelima, Nonny Nadirah, 29, mengakui tak semua indah berlangsung di depan mata.

Hakikatnya hubungan Nonny dengan penolong penerbit di Media Prima Berhad, itu bagai roller coaster. Pernah masing masing mencuba mendekati orang lain, namun semua itu sukar dilakukan.

Umpama soulmate.

“Apabila dia tak ada, jujur bagai hilang separuh diri saya. Dia umpama soulmate. Saya nampak ciri positif dirinya sebagai pemimpin dalam hidup. Dia sangat utamakan soal agama.

“Dia bimbing saya supaya jadi yang terbaik. Apa yang saya lakukan termasuk kerja seni dia monitor. Apabila saya sakit, dia dan keluarganya sentiasa ada di sisi. Keluarganya menjadi pengganti saya menumpang kasih saat keluarga sendiri jauh di Sabah.

Minat dari dulu.

“Saya bersyukur dipertemukannya. Malah tak pernah rasa rugi sekalipun saya yang minatnya dulu seperti perigi cari timba. Tak kisahlah. Janji usaha saya nak kenal dia mendatangkan hasil,” kata Nonny kepada Rojak Daily Kaw!

Menurut Nonny, mereka kenal pada tahun 2009.

Hubungan lebih serius bermula 2009.

“Sri Pentas TV3 menjadi saksi saya mula jatuh hati dengannya. Dijadikan cerita kawan kami masing masing saling mengenali. Bulan September kami dengan kawan keluar makan sama.

“1 Disember 2009 kami isytihar hubungan kami ke arah lebih serius. Sepanjang kenal, hubungan kami ada turun naik. Biasalah itu.

Lamar di set penggambaran.

“Pada 25 Januari lalu dia datang lamar saya di set penggambaran drama Melankolia. Sweet sangat sampai saya tak terkata,” katanya.

Pasangan ini akan bernikah pada 18 Mac depan di Sabah. Berkongsi berita gembira itu, Nonny berharap jodohnya itu akan kekal hingga ke jannah.

“Kami memang tidak akan bertunang. Terus nikah saja. Pada sebelah pagi nikah dan malamnya majlis resepsi.

Bernikah 18 Mac ini di Sabah.

“Majlis di KL pun belum pasti lagi macam mana sebab masing masing sibuk,” kata Nonny.

Ketika ini menurut Nonny, persiapan perkahwinan hampir siap.

“Sudah 70 ke 80 peratus persiapan nak kahwin siap dilunaskan. Saya pun akan pulang ke Sabah awal Mac ini.

Gambar di set Melankolia.

“Banyak juga barang kahwin dari KL nak di bawa ke Sabah,” katanya yang kali terakhir menerima tawaran berlakon menerusi drama Melankolia bergandingan dengan Aliff Aziz.