,
Kaw

“Ikah Yang Jaga Makan Minum Saya Sejak Enam Tahun Lalu” – Zaiton Sameon

Z. Nadzri
02/01/2018
08:49 MYT
Saya tidak pernah lupa ingatan tetapi saya tak mahu lagi mengingati perkara lalu. Saya masih ingat tarikh dan hari kemalangan yang turut meragut nyawa anak tunggal saya,” jelas penyanyi lagu Menaruh Harapan, Zaiton Sameon, 61, apabila ramai menyangka dia menghadapi masalah hilang ingatan.Walaupun hilang harta benda, masih ada yang sayang.
Katanya, sekarang dia mahu happy dan tak mahu lagi kenang kisah lalu. Segalanya harta bendanya habis dijual sehingga dia tinggal sehelai sepinggang.
Banglo yang dibelinya di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang hanya sempat didiaminya lebih kurang tiga tahun saja.Reda dengan segala ujian.
Saya reda dengan apa yang berlaku. Kini saya meneruskan hidup seperti biasa, memenuhi undangan menyanyi dan menghadiri pelbagai acara,” katanya.
Sejak enam tahun lalu Zaiton dijaga dan diuruskan oleh Che Sikah Ismail, 45 atau Ikah yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.Tinggal bersama Ikah dan adiknya.
“Alhamdulillah, masih ada orang yang peduli dan sayangkan saya. Ikah yang menjaga makan pakai saya. Kami tinggal bersama adiknya di Ampang kerana mereka tinggal dua beradik saja selepas ibu bapa mereka meninggal dunia,” katanya.Dugaan kecil terpaksa bertongkat.
Dalam mengharunginya hari-harinya, dugaan datang lagi apabila pada sambutan Aidiladha lalu, Zaiton terjatuh ketika dia mahu memasuki lif di Radio Televisyen Malaysia yang mengadakan sambutan hari raya korban di sana.
Kakinya terpelecok dan sekarang dia terpaksa bertongkat.
“Tetapi ketika membuat persembahan saya tetap berdiri meskipun penganjur menyediakan kerusi kerana saya tak puas menyanyi sambil duduk,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

"Saya Terlalu Sibuk!" - Amir Masdi Tak Sempat Fikir Fasal Cinta, Hanya Fokus Kerja Sahaja

gempak
02/09/2024
06:04 MYT
Penyanyi Amir Masdi menjelaskan bahawa dia tidak memberi fokus kepada mencari pasangan hidup sebaliknya hanya memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengembangkan kerjaya.
Hiburan

Zarina Anjoulie Gembira Pembedahan Hidung Berjaya, Rasa Lebih Yakin Depan Kamera

gempak
01/09/2024
05:52 MYT
Pelakon sensasi Zarina Anjoulie menzahirkan rasa gembira apabila proses pembedahan hidung yang dilakukan berjalan dengan lancar.
Hiburan

Bimbang Dengan Kes Jenayah, Erra Fazira Pantau Aktiviti Anak Perempuan - "Saya Tidak Mengongkong Anak"

gempak
29/08/2024
11:55 MYT
Susulan kes jenayah yang semakin membimbangkan, aktres jelita, Erra Fazira menzahirkan rasa risau terhadap keselamatan anak perempuannya, Engku Aleesya.
Hiburan

Kongsi ‘Quote’ Dengan Maksud Tersirat, Ruhainies Tujukan Dekat Siapa?

gempak
23/08/2024
03:35 MYT
Pelakon kontroversi, Ruhainies memuat naik mesej yang mempunyai maksud tersirat menerusi platform media sosialnya.
Hiburan

Fatiya Latiff Dedah Bakal Dirikan Rumah Tangga Tahun Hadapan, Dapat 'Green Light" Dari Ibu Bapa

gempak
22/08/2024
08:55 MYT
Pelakon Fatiya Latiff mendedahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan.