• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Bayangkan Awak Lemparkan Kebencian Terhadap Saya…” - Marissa Dania
HIBURAN
Dikritik Tak Layak Ganti Awal Ashaari Dalam ‘Impak Maksima 2’, Ini Respons Arfie Shah - “Sudah Pasti Satu Tekanan…”
VIRAL
“Bekas Caesar Bukan Kekurangan, Itu Luka Lahirkan Zuriat” – Dr Say Anggap Lelaki Hina Parut Isteri Cetek Ilmu
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

KAW

Ikatan Perkahwinan Ude Dan Intan Terlerai Dengan Talak Satu

Mohamad Bakar
Mohamad Bakar
22/03/2018
03:01 MYT
Sponsor Banner
Ikatan Perkahwinan Ude Dan Intan Terlerai Dengan Talak Satu
Berpisah Jua seperti judul lagu dendangan Ziana Zain. Akhirnya hari ini ikatan perkahwinan antara pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude dengan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh akhirnya berakhir selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Gombak Timur, jam 9.50 pagi.
Ikatan perkahwinan selama lima tahun itu tidak mampu diselamatkan lagi. Pasangan itu berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, tiga tahun, serta Ariq Muqri, satu tahun.
Bererti saat ini juga Ude hanya mempunyai seorang isteri iaitu pelakon Izreen Azminda yang dinikahinya secara tertutup pada 8 Ogos lalu.
Intan yang ditemui akur dan reda dengan ketentuan yang diterimanya.
“Saya reda dengan takdir yang Allah tentukan, sampai sini saja jodoh kami,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Baginya, anak kecil lagi pun tidak tahu apa yang dilaluinya kini.
Sementara Ude memberitahu masalahnya dengan Intan berlanjutan sudah lama sebelum dia berkenalan dengan Izreen lagi.
“Dia tahu yang masalah dan selisih faham kami sudah berlanjutan lama sebelum wujud orang ketiga lagi. Dia kata kami tidak berbincang untuk menyelesaikan masalah itu memang satu pembohongan semata-mata. Sudah banyak kali kami berbincang secara baik dengan dia. Agak terkilan juga apabila yang terjadi.
“Mungkin tak nampak dia buka aib saya selama ini. Tapi kenyataan dia menampakkan saya seperti suami yang kejam, abaikan tanggungjawab dan bapa yang tak baik.
“Izreen bukan punca kami jadi begini. Ikutkan selepas dua tahun kahwin, kami sudah bermasalah. Tak perlulah saya reveal apa masalahnya kerana ia terlalu personal. Kami cuba selesai dan berbincang tapi gagal,” kata Ude.
Lafaz dibuat Ude di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin dan mahkamah yang mensabitkan lafaz cerai itu sebagai sah memerintahkan Intan untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.
Suasana dalam galeri sebelum itu sangat pilu apabila Shaiful memerintahkan pasangan itu bermaaf-maafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami-isteri sebelum lafaz dibuat Ude.
Ude yang hadir ke mahkamah pada pukul 9.04 pagi ditemani peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Md Zain manakala Intan turut hadir bersama keluarga dan peguamnya Suriany Awaludin.
Kontroversi membabitkan rumah tangga mereka hangat apabila November lalu Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.
Related Topics
#Penceraian
#Penceraian
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement