Kaw

Indah Akui Putus Tunang

Aishah Aziz
23/06/2017
02:47 MYT
"Saya mengesahkan saya kini bukan lagi tunangan orang." Demikian akui penyanyi lagu Percayalah, Indah Ruhaila.
Indah dalam satu kenyataan rasmi di akaun media sosial Instagramnya mengakui ikatan pertunangannya sudah putus sejak tiga bulan lalu.
Pengakuan Indah itu menjawab teka teki mengenai hubungannya yang mula diperkatakan sejak akhir-akhir ini.
Indah dalam kenyataan itu berkata, beliau dan bekas tunangnya yang hanya dikenali sebagai Mr R masing-masing ada melakukan kesilapan sepanjang perhubungan mereka.
"Saya manusia tidak sempurna dan saya meletakkan diri saya paling bawah.
"Saya ingin memohon maaf atas segala khilaf kepada semua pihak yang terjejas dengan isu ini terutama ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan," katanya.
Penyanyi yang berasal dari Johor itu berkata sebagai manusia dirinya hanya mampu merancang dan Allah yang menentukannya.
"Saya juga memohon supaya diberi ruang dan privasi bagi diri saya dan keluarga sempena hari dan bulan baik ini," katanya.
Indah, 29, berkata dirinya tidak akan menjawab lanjut mengenai perkara itu kerana mahu menjaga hati banyak pihak.
Bakat kelahiran Akademi Fantasia itu sebelum ini pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan seorang lelaki sehingga menyebabkan ikatan pertuangannya goyah.
Indah bagaimanapun menafikan perkara itu dan memberitahu dia dan lelaki berkenaan hanya kawan.
Beliau juga berkata dirinya sedar ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menyebarkan cerita dan memburukkan dirinya.
Indah juga enggan menjawab status hubungan dengan tunangnya ketika ditanya sebelum ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Laman Utama

“Saya Doakan Yang Terbaik Untuk Keduanya” - Anak Tak Masuk Campur Masalah Cinta Bapa & Anju

gempak
14/02/2023
03:50 MYT
Tak pilih mana-mana pihak pun.
Laman Utama

“Aku Bukan Biawak Hidup" - Tunang Zarina Anjoulie Dedah Keluar Duit RM100,000 Bina Pagar Rumah

gempak
14/02/2023
00:00 MYT
Masih belum selesai
Laman Utama

“Kalau Sayang Hubungan Kita, Call, SMS, Bukan Posting Dekat TikTok” - Anju Dedah Ego Punca Berpisah

gempak
07/02/2023
23:45 MYT
Doakan yang baik-baik.
Laman Utama

"Saya Masih Struggle Untuk Berubah..." - Tampil Minta Maaf, Zarina Anjoulie Mahu 'Heal' Dengan Tenang

gempak
07/02/2023
03:36 MYT
Zarina Anjoulie Mahu 'Heal' Dengan Tenang
Laman Utama

[VIDEO] Farra Ahmad 'Koyak' Nyanyi Lagu Sendiri, Pernah Putus Tunang Tahun Ini - "Lirik Kena Dengan Diri Sendiri"

gempak
29/07/2022
04:55 MYT
Lagu Jauh Darimu cerita tentang heart broken!